#PrayForMH370 - Apa Pula Kata Mereka Yang Pernah Mengkritik?

#PrayForMH370 Lebih Baik Daripada Berspekulasi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita masih dalah mood untuk bersimpati dengan semua keluarga penumpang penerbangan MAS MH370 yg masih hilang hingga kini. Pada pagi ini sewaktu anda baca posting ini telah lebih daripada 48jam kehilangan MH370 bersama dengan penumpang dan anak kapalnya.

Begitu banyak sgt spekulasi yg di timbulkan bukan sahaja dalam media social malah dalam media elektronik sendiri dan juga pada pihak berwajib. Masing2 masih berteka-teki sehingga kini terlalu banyak version terhadap kehilangan MH370 ini. Tapi kita adalah di galakan lebih baik untuk berdoa daripada menambah kebimbangan keluarga mangsa dan juga merumitkan urusan pencarian.


Mahamahu cuma nak tanya kepada mereka yg pernah membuat kritikan keras kepada MAS, tak kisah lah kepada kes kerugian yg di alami sebelum ini hingga kepada kes service makanan dalam penerbangan MAS sendiri. Apa kata mereka kepada perkara yg terjadi ini? Adakah mereka juga turut bersimpati terhadap apa yg terjadi atau mereka tetap nak kritik MAS atas isu ini. Mungkin pendapat mereka akan lebih membuatkan sesetengah pihak lega.

Mahamahu tak niat nak mengeruhkan keadaan ini, tapi Mahamahu nak kita sama2 bagi sumbangan dengan berdoa agar mereka yg dalam penerbangan itu selamat. Cukup mudah dan cukup senang, selain itu juga kita boleh doa kepada ahli keluarga kita lain agar mereka juga dalam selamat dan di jauhkan dari sebarang malapetaka. Seletkan juga doa kita untuk mengsa2 di Syria, Palestin dan Mesir. Tak kira apa aliran agama anda dan juga aliran politik anda kita bersatu sebagai rakyat Malaysia berdoa untuk keselamatan mereka.

Kita patut rasa malu kerana org luar negara juga turu mendoakan keselamat semua penumpang dalam MH370. Boleh lihat sepanjang 2 hari ini #PrayForMH370 menjadi trending di mana2 media social. Kita pula sebagai rakyat Malaysia saling menyalahkan dan merumitkan keadaan ini. So jgn tambah luka yg ada kerana ia akan melukakan anda nanti.