Mahamahu,

Menu Salmon Norwegian Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ

Ahad, Mac 30, 2014 Mahamahu 0 Comments

Menu Salmon Norwegian Di Utara Coffee House Armada Hotel PJ - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pertama kali dapat review untuk menu khas yg di sediakan adalah berasaskan ikan Salmon. Menu daripada Utara Coffee House di Armada Hotel PJ menyediakan menu sihat daripada Salmon yg cukup popular dalam makanan2 barat. Utara Coffee House ni cukup popular dengan hidangan bertema dan hampir setiap bulan ada sahaja menu baru di perkenalkan. Ini kerana sebelum ini Mahamahu ada buat review berkaitan Armada Hotel iaitu menu khas untuk Tahun Baru Cina boleh baca kat sini [klik sini].


So tiba bulan ini pula untuk promosi dengan tema Ikan Salmon menjadi pilihan chef hebat dari Utara Coffee House ini sendiri. Dari harga serendah RM25++ untuk setiap hidangan ia adalah menu Salmon paling sihat dan paling unik menggabungkan beberapa element dalam satu hidangan. Salmon bersama dengan Tiram, Salmon dengan salad segar dan juga Salmon dengan kentang. Ia satu kombinasi makanan laut yang sihat untuk di nikmati seisi keluarga dan sahabat handai.

Pacific Rim Salmon Soup

Di sini Mahamahu senaraikan di antara menu2 berasaskan Salmon yg di sediakan oleh chef profesional di Utara Coffee House Armada Hotel PJ. 7 semua menu berasaskan Salmon untuk pilihan anda yg mahu makan makanan berkhasiat yang tinggi daripada ikan Salmon.  Mahamahu paling suka sekali Pacific Rim Salmon Soup yg boleh di nikmati dengan roti dan juga boleh di makan begitu sahaja sedap sangat.

Salmon Roulade & Oyster Gratin

Salmon Tikka (Perfumed rice, acar and cucumber)

Foil Baked Norwegian Salmon

Salmon & Potatoes Au Gratin

Salmon Caesar Salad

Salmon Tostadas

Bagi yg nak buat tempahan boleh terus hubungi Utara Coffee House di talian 03-7954 6888 ext 4557. Sesuai untuk makan bersama keluarga dan juga rakan2 sambil bicang2 hal keluarga atau pun urusan pejabat. Promosi ini berlangsung bermula dari 1 March sehinggalah 30 April 2014 ini sahaja. Jadi jgn lambat2 cepat tempah tempat anda atau walk in reserve untuk nikmati menu Salmon khas daripada Utara Coffee House Armada Hotel PJ.






0 Pandangan: