Applikasi Telephone,

Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Life Di Renoma Cafe

Isnin, Mac 03, 2014 Mahamahu 0 Comments

Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Life Di Renoma Cafe - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada tanggal 28 February 2014 maka dengan rasminya applikasi Samsung Galaxy Life telah di lancar di Renoma Café oleh pihak Samsung. Mereka dengan bangga dan rasa seronok mewar-warkan kepada semua pengguna Samsung tentang satu apps yg bakal memberi peluang kepada kita untuk terokai kehidupan yg lebih seronok. Cara mudah untuk mendapatkan perkhidmatan, tempat makan, aktiviti riadah sehinggalah kepada pekerjaan dan motivasi semua ada dalam apps ini.


Majlis perasmian apps ini telah di lancarkan sendiri oleh Vincent Chong iaitu Director of IT & Mobile Communication Samsung Malaysia. Pelancaran ini adalah sekali dengan acara memperkenalkan partners iaitu syarikat yg telah menjadi sebahagaian daripada applikasi ini, dimana anda boleh mendapatkan perkhidmatan syarikat2 ini di dalam Samsung Galaxy Life secara percuma.

 

Di antara nama2 besar yg ada dalam Samsung Galaxy Life apps ini adalah seperti Mitsubishi Motor Malaysia, Celebrity Fitness, Zalora Malaysia, Lazada Malaysia, Escape Room, ParkRoyal, Tesco, Sakae Sushi, Starhill Culinary dan banyak lagi. Applikasi Samsung Galaxy Life ini adalah percuma untuk anda download dalam phone, tablet atau kamera yg mengandungi Andriod 4.1 ke atas sahaja. Cara nak download anda boleh search di “Play Store” Samsung Galaxy Life atau klik sahaja di link ini http://www.samsung.com/my/galaxylife/

 
So lepas ini anda boleh nikmati hidup dengan cara lebih exclusive dan lebih mudah hanya di hujung jari dengan tawaran dan promosi hebat daripada partners2 yg telah sertai Samsung Galaxy Life. Malam perasmian itu juga kami di hiburkan dengan persembahan Fashion Show daripada Zalora dan juga persembahan tarian daripada Celebrity Fitness. Mlm tu juga acara cabutan bertuah dengan hadiah istimewa daripada partners turut menggamatkan majlis.



Majlis perasmian ini di adakan di Renoma Café maka Mahamahu ambil kesempatan lah take picture refreshment yg di sediakan. Mahamahu firstime masuk café tu tempat memang cantik dan sesuai untuk event2 seperti ini. Nak cari jgn lah tersalah cari bukan berada di Bukit Bintang seperti dalam Google Maps atau Waze ye sebab kat situ salah. Korang cari jer Prince Court Medical Center and depan tu ada lah Renoma Café ok. 

 
Rugilah kepada pengguna Samsung kalau tak nikmati applikasi baru ini kerana anda akan rasa bahawa hidup ini mewah dan indah. Tidak perlu bebelanja byk tapi masih boleh merasai segala yg ada di bumi Malaysia. Sebab tu apps ini di reka khas untuk pengguna Samsung rakyat Malaysia. Selamat mendownload dan mencuba apps baru daripada Samsung ini.