Mahamahu,

Majlis Pelancaran 'Dunia Sinema' Antara Metrowealth Bersama HyppTv

Isnin, Mac 31, 2014 Mahamahu 0 Comments

Majlis Pelancaran 'Dunia Sinema' Antara Metrowealth Bersama HyppTv - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali lagi sejarah terukir buat industri perfileman tempatan apabila buat pertama kali MIG dengan kerjasama perkhidmatan TV berbayar di Malaysia HyppTV melancarkan "Dunia Sinema". Apa itu Dunia Sinema? Mcm mana ia membantu industri filem tempatan? Akan Mahamahu kupas di bawah ini.

 

Dunia Sinema adalah satu lagi saluran baru di HyppTv dengan berdefinasi tingg atau HD ia adalah saluran yg menghimpun filem2 Melayu dalam satu saluran. Dengan harga pemulaan RM10 sebulan sahaja penonton HyppTv melalui saluran 814 anda boleh menonton 10 buah filem terbitan MIG. Selaku syarikat penerbitan filem paling banyak di Malaysia MIG telah mengeluarkan lebih daripada 100 buah filem dalam tempoh 13 tahun sahaja. 


Maka dengan adanya Dunia Sinema ini lebih  mudah untuk penonton di Malaysia mendapatkan siaran filem2 terbaru mahupun yg lama dalam satu saluran sahaja di rumah tanpa apa2 gangguan dalam keadaan hujan atau tidak. Secara langsung ia membantu perkembangan filem Melayu tempatan untuk terus menarik minat penonton agar sentiasa memberi sokongan kepada filem Melayu tempatan. 




Majlis pelancaran Dunia Sinema yg telah berlangsung di lobi menara TM pada 26 March 2014 menjadi titik permulaan untuk penonton menyaksikan saluran 814 terus di rumah anda. Turut hadir merasmikan Dunia Sinema adalah org kuat MIG sendiri iaitu Mejar (K) David Teo dan juga Naib Presiden Esekutif New Media TM Mr. Jeremy Kung. Majlis perasmian yg simple tapi penuh meriah turut di raikan bersama beberapa artis di bawah naungan MIG sendiri.


Pasti menjadikan peminat dan penonton lebih teruja pada majlis perasmian itu adalah kehadiran selebriti hebat dan popular seperti Shaheizy Sam, Diana Danial, Rebecca Nur Islam, Epy Raja Lawak, Nad Zainal, Niezam Zaidi dan ramai lagi. Masjli perasmian Dunia Sinema turut di sertakan dengan majlis beramah mesra bersama barisan pelakon dan juga sidang media bersama dengan wakil MIG dan HyppTv.



Kepada peminat dan penyokong filem Melayu di Malaysia ini adalah peluang anda untuk terus menyaksikan filem2 hebat daripada MIG seperti Adanan Sempit 3, Budak Pailang, Highland Tower, Longkai dan mcm2 lagi filem hebat dan popular masa kini. Harga cukup murah RM10 sahaja anda boleh tonton 10 buah filem dalam tempoh sebulan dan tiada gangguan cuaca atau juga kesesakan untuk keluar pawagam. Jom langgani sekarang saluran 814 hanya di HyppTv. Selamat menonton.....