Food Porn,

Dapur Mahamahu Jom Kita Buat Sandwich

Khamis, Mac 27, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Jom Kita Buat Sandwich - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni Mahamahu nak buat satu lagi menu yg simple tapi sihat untuk semua pembaca sekalian. Kalau rasa sedap bolehlah cuba yer tak perlu kos yang banyak pun simple sahaja nak buat. Mahamahu namakan menu kali ini adalah "Balki Sandwich", maksudnya .....


Bahan yg perlu, semua ada kat rumah tak perlu nak tambah2 tapi kalau nak lebih sedap terpulang pada ke kreatifan kita lah nak makan kan. Bahan2 yg di guna pakai adalah seperti Bawang Besar sebiji, Limau Nipis sebiji, Daun Bawang 2 batang, Cili Padi 5 batang, Lada Hitam, Telur 2 biji, Roti kosong, Mayonis dan juga Sardin. Kalau nak gantikan sardin dengan tuna atau bahan protin lain pun boleh yg dalam tin jer tak perlu masak.


Pertama apa perlu buat potong bawang menjadi dadu, potong daun bawang kecil2, potong cili padi kecil2 dan gaulkan dalam satu mangkuk bersama dengan sardin tadi. Tapi pastikan tidak di masukan kuah sardin tu kedalam nanti cair sgt cuma masuk sikit jer. Lepas tu masukan sedikit garam dan juga lada hitam untuk penambah perasa. Setelah sebati masukan mayonis dan juga perahan limau nipis untuk tambah sedikit rasa masam. Gaul semua sekali sehingga sebati dan jgn sampai terlalu hancur nanti tak rasa sardin tu nanti.




Tu part 1, lepas ini pula kita buat telur hancur. Ini untuk tambah kesedapan dalam Balki Sandwich ini saja. Telur di pecah dalam mangkuk dan kacau bersama sedikit daun bawang tadi dan juga lada hitam bersama dengan sedikit garam untuk perasa. Lepas tu goreng menjadi telur hancur alah org putih panggil "Scramble Egg" jgn terlalu garing dan pastikan sedikit lembut. So dah siap part kedua kita pergi pada part nak hidangkan sandwich ini.



Nak lagi sedap Mahamahu bakar roti agar rasa kerangupan baru best. Bakar guna Toaster jer hehehe baru sedap. Lepas tu baru kita masukkan bahan2 yg di sediakan tadi seperti nak buat sandwich. Lapisan pertama isikan dengan sardin tadi dan lapisan kedua baru masukan telur goreng. Nak pedas jgn lupa masukan cili sos untuk rasa lebih sedap. Lepas tu siaplah Balki Sandwich kita. 



Mahamahu saja buat tinggi2 4 tinggkat baru lah nampak sedap sikit hehehe. Tgk berselera jer nak makan Balki Sandwich ini. Hidangan ini boleh di hidangkan untuk 3 atau 4 org, Kalau nak lagi sedap boleh tambah cheese dan juga salad segar. Tapi ni menu org bujang jadi simple cukup lah ehehehe. Selamat memasak daripad Mahamahu.....