Applikasi Telephone,

Boleh Bersenam di Celebrity Fitness Dengan Samsung Galaxy Life

Selasa, Mac 04, 2014 Mahamahu 0 Comments

Boleh Bersenam di Celebrity Fitness Dengan Samsung Galaxy Life - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau nak sihat kata org kena rajin bersenam baru badan tambah sihat. Itu yg Mahamahu buat dan dapatkan daripada satu lagi applikasi baru yg berada dalam telephone pintar Samsung. Samsung Galaxy Life adalah satu lagi app yg di bangunkan untuk kita mendapatkan kupon bagi perkhidmatan atau aktiviti harian di tempat2 exclusive dengan tawaran paling istimewa. 

 

Samsung Galaxy Life ini boleh di muat turun dalam telephone pintar Samsung semua versi dan semua jenis keluarg Samsung. Ia adalah percuma dan cukup mudah untuk di gunakan. Mahamahu dah muat turun baru ni dan telah gunakan satu perkhidmatan yg ada dalam app tersebut iaitu kelas bersenam bersama dengan Celebrity Fitness, nanti Mahamahu cite lanjut.


Sini Mahamahu nak tunjukkan cara untuk muat turun Samsung Galaxy Life di hanphone anda dulu, lepas tu baru boleh guna untuk tebus kupon. Caranya mudah jer buka “Play Store” dan search Samsung Galaxy Life, nanti akan keluar ikon seperti di atas ini dan muat turun dengan percuma dan cepat. Kalau tak pun klik link ini untuk download dalam phone anda https://play.google.com. Lepas tu install ke dalam phone anda dan daftar menjadi ahli menggunakan email. Selesai semua tu baru boleh nikmati perkhidmatan yg di tawarkan dalam apps tersebut. 

 

So bila dah daftar boleh cari byk sgt service, tempat makan, pusat kesihatan malah tempat membina kerjaya juga menjadi sebahagian dalam Samsung Galaxy Life ini. Mahamahu telah pilih Celebrity Fitness untuk mendapatkan kelas senaman. Hari Rabu lepas Mahamahu telah hadiri kelas senaman yg di panggila “Buso Class” di Celebrity Fitness Bangsar Village II.


Kelas ni sebenarnya best sgt and seronok kerana instructor yg mengajar tu pun cukup peramah dan motivated kepada semua peserta yg join kelas tu. Buso class adalah kelas untuk senaman menggunakan peralatan yg di panggil Buso atau bebola separuh bulat. Senaman ini memberikan kekuatan kepada otot kaki dan juga otot perut. Kelas ini berlangsung dalam masa 60 ker 90 minit sahaja, tapi kesan cukup mendalam. 



Dalam masa sehari Mahamahu cuba memang rasa seluruh urat dan otot badan ni renggang sgt. Dalam kelas yg boleh memuatkan dalam 10 - 15 org ini di iringi dengan muzik yg tidak membosankan kita tapi cukup seronok. First step mestilah merenggankan badan untuk tidak belaku sebarang kecederaan ketika menajalani Buso Class ini. Lepas tu kami pergi step setrusnya menggunakan bola Buso untuk buat beberapa peringkat senaman. 



Penat tapi menyeronokan dan menyihatkan bagi Mahamahu yg jarang dapat pergi kelas fitness ni. Kalau kawn2 nak juga rasa pengalaman Buso Class di Celebrity Fitness boleh apply cupon under Celebrity Fitness. Nanti bila anda dan apply bawa je phone anda tadi dan tunjuk kan kupon tu di kaunter and anda akan dapat sertai Buso Class seperti mana Mahamahu buat. Mudahkan guna app Samsung Galaxy Life ini. Lepas ni nak apply kupon lain lak makan2 ker and travel pun ada.







0 Pandangan: