Mahamahu,

Teringin Nak Makan Spaghetti Jom Masak

Selasa, Februari 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Teringin Nak Makan Speghetti Jom Masak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kali ni satu lagi resepi masakan yg Mahamahu nak kongsi dengan pembaca sekalian. Mudah cepat dan sedap itu adalah keutamaan kepada resepi Mahamahu. Kali ni nak buat makanan internasional pulak iaitu Spaghetti. Tapi ni Spaghetti bukan lah seperti yg di nikmati di restoran tapi ia Spaghetti bujang, mcm mana jom tgk. 


Mcm biasa dpatkan bahan2 mentah untuk memasak Spaghetti ni, paling penting mestilah ada Spaghetti tak kira apa jenama dan source tomato tak kisah juga jenama apa. Kalau nak buat source tomato ni take time so beli siap tak mahal pun. So bahan lain Mahamahu guna adalah bawang besar dan bawang putih untuk tumis, telur 4 biji, serbuk lada hitam dan rosemary dan juga bebola sotong untuk hiasan jer.


First mcm biasa rebuskan Spaghetti dalam air panas, pastikan dalam air dicampur sedikit minyak masak untuk memastikan ia tidak melekat antara satu sama lain. Biarkan Spaghetti tu lembut dalam periuk. Lepas tu kita pecahkan telur dalam mangkuk masukan potongan dadu bebola sotong, bawang di potong dadu juga dan sedikit garam, pukul sehingga telur sebati antara kuning dan putihnya. Masak dalam kuali berminyak masak sehingga menjadi telur hancur dan asingkan. 



Lepas tu kita tumislah bahan untuk buat kuah Spaghetti, pertama masukan bahan tumis tadi iaitu bawang yg di potong dadu tumis sehingga bau harum. Lepas tu masukan source tomato yg telah dibeli tadi dan masukkan sedikit air kosong agat tak terlalu pekat. Bila dan berbuih masak masukan lada hitam dan juga rosemary tadi bersama sedikit garam, lepas tu baru masukan telur hancur tadi kedalam sebatian tomato anda. Telur ni sebagai peganti daging hancur atau hotdog.



So masak sehingga sedap lepas tu boleh di hidangkan bersam Spaghetti yg telah direbus menjadi lembut tadi. Hidang dalam pinggan dengan Spaghetti tadi dan tuangkan kuah ke atasnya. Lepas tu potong bebola sotong yg di goreng hiaskan di keliling. Kalau nak lagi pedas seprti citara kita org Melayu taburkan sedikit cincangan cili padi agar lebih pedas.


Ni adalah Spaghetti Bujang ala Mahamahu khas untuk anda yg teringin nak makan Spaghetti bila2 masa sahaja nak buat tak pandai beli yg ada saja. So selamat mencuba and selamat memasak pada semua nantia ada resepi lagi Mahamahu masak untuk anda ok. Jumpa lagi.....







0 Pandangan: