Cafe,

R&J Cafe & Snackbar Lokasi Minum Petang Bakal Usahawan

Jumaat, Februari 21, 2014 Mahamahu 0 Comments

R&J Cafe & Snackbar Lokasi Minum Petang Bakal Usahawan - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 blogger sekalian. Ala2 berada di dalam dunia koperat lah bila Mahamahu menjejakkan kaki ke R&J Cafe & Snackbar. Tu pertama kali melangkah ker R&J Cafe & Snackbar Petaling Jaya. Sebelum ni tak pernah dgr nama cafe ini rupanya ia adalah cafe exclusive, tapi still boleh di nikmati oleh semua golongan masyarakat di Malaysia.


Mahamahu telah di jemput untuk food review hari minggu lepas oleh kawn blogger Atika Ramlan terima kasih banyak2. R&J Cafe & Snackbar ini adalah satu2nya cafe milik penuh Amway Malaysia dan ia hanya terletak di Amway HQ Petaling Jaya. Menurut En Wahyudi Mohd Yatim orang yg memperkenalkan kami lebih detail tentang R&J Cafe & Snackbar ini, ia adalah satu cafe untuk mereka berkumpul berkongsi idea dan mencari kenalan lebih ramai.


 
Nama R&J Cafe & Snackbar di ambil daripada singkatan nama pengasas product Amway iaitu Rich DeVos and Jay Van Andel maka ia dinamakan R&J. Nama pun cafe & snackbar, sah2 menu kat cafe ini lebih chill dan santai untuk minum petang. Tapi jgn silap cafe ni juga di bukan untuk sarapan pagi, start operasi pukul 9 pagi kat cafe ini telah ada kuih muih. Lepas tu pula kalau nak makan tghari pun boleh kat cafe ini tapi kena dtg awal sebab selalu full. 

Laicikang

Tapi bila sebut pasal harga makanan kat sini kena hati2 sebab ada dua harga yg pelu di perhatikan, iaitu satu harga untuk distributor Amway dan juga satu lagi harga untuk bukan distributor. Kalau distributor ni mereka adalah ahli Amway dan mempunyai kad member, tapi harga tak jauh beza still masih murah dan berpatutan.

Nasi Lemak Kari Ayam

Kueh Teow Sup & Mee Kari

Dry Curry Mee

Kami blogger yg dtg review minum petang kat R&J Cafe & SnackBar ni, di hidangkan dengan makan petang yg special. Kat situ cukup popular dengan Nasi Lemak Ayam dan Mee Kari atau Kueh Tiew Sup. Kalau yg nak ringan2 makan petang kat sana ada roti dan juga Pumpkin Bun serta jagung rebus, khas untuk mereka yg nak makan ringan sambil santai2 dan sembang2 petang di cafe ini. Minuman special kat sini kata mereka ABC dan juga Laicikang so wajib order ok, lain2 air buah pun ada kalau yg nak jaga kesihatan.

Pumpkin Bun Kacang and Kelapa

Jagung Rebus

Cake

Kawasan cafe ni cukup tenang dengan keluasan yg begitu selesa untuk di nikmati makan sambil berbicara pasal perniagaan. Kalau nak cari R&J Cafe & Snackbar ni senang sgt cari sahaja Amway HQ Petaling Jaya and cafe ni kat dalam bulding tu jer. Kalau dtg sabtu ahad pun cafe ni buka mcm biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang sahaja. 


 
Kalau datang bersama kawn2 atau keluarga bukan sahaja boleh makan, malah nak beli barang Amway pun boleh kerana kat bulding tu juga ada kedai khas untuk mereka mendapatkan product Amway bagi kegunaan harian. Mahamahu pun di bawah menjelajah kedalam bulding yg di bina dengan kos RM100juta dengan design futuristik cukup istimewa. Nak rasa mcm mana Mahamahu rasa dtg lah ker R&J Cafe & Snackbar sambil2 makan boleh berbusiness hehehehehe..







0 Pandangan: