Menggaul Yee Sang Bersama ChurpChurp Di Banker's Room

Menggaul Yee Sang Bersama ChurpChurp Di Banker's Room - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan2 blogger sekalian. Kehangat sambutan Tahun Baru Cina masih dpt di rasai sehingga kehari ini, maklumlah kita satu Malaysia. Sabtu lepas dapat merasai sambutan Tahun Baru Cina yg penuh meriah, terima kasih kepada ChurpChurp Malaysia, Tesco Malaysia dan juga Bankers Room kerana mengundang Mahamahu untuk meraikan CNY tahun ni.


First time Mahamahu dtg ker Bankers Room ni, untuk cari kawasan ini tak berapa susah kalau Waze Jalan Kia Peng mesti jumpa Bankers Room.  Ia satu club exclusive yg cukup mewah, tgk pada bangunan luarannya biasa saja tapi bila dah berada di dalam cukup selesa. Makan malam sambil layan muzik yg cukup tenang kalau nak buat private party Bankers Room cukup sesuai bagi anda. Mahamahu pun tak pernah masuk bila dpt masuk terasa bagaikan org kaya lak wakakakkaka.


Terima kasih kepada Tesco Online Malaysia yg merupakan pasaraya pertama di Malaysia yg menyediakan pebelian secara online dan juga penghantaran terus ke pintu rumah anda. Bukan sahaja barang kering malah bahan mentah atau barang2 segar juga boleh di beli secara online. Mudah cepat dan penting kualiti dalam barang pilihan anda di jaga. Mahamahu pun bertuah dapat daftar Tesco Online pada hari tu percuma jer anda juga boleh layari http://eshop.tesco.com.my/.


Tu antara penaja program CNY bersama ChurpChurp baru-baru ni, tapi paling best bila sambutan tahun baru mesti ada makan2 tu pentingkan. Kami kat sana boleh lagi gaul Yee Sang walaupun dah lepas beberapa hari tahun baru. Yee Sang memang menjadi makanan wajib tahun baru cina tapi kali ni Yee Sang cukup mewah dan panjang. Adat kaum cina kalau gaul Yee Sang mesti kena sebut perkataan2 yg melambangkan kekayaan, kemewahan dan kebahagiaan untuk tahun baru ni.



Selain daripada makan Yee Sang dalam acara tu juga diselang selikan dengan aktiviti game dengan hadiah istimewa. Banyak hamper yg di sediakan oleh Tesco untuk semua tetamu yg sporting suka tak suka jer nak join. Mahamahu pun dpt juga hadiah mlm tu sempat sertai satu game hehhehe tak balik tangan kosonglah. Kita satu Malaysia kena sama2 merasai keseronokan meraikan tahun baru dan juga perayaan lain yg ada di Malaysia.



 
Paling best acara makan mlm kami, mlm tu di hidangkan ala buffet daripada pihak Bankers Room sendiri. Makanan ala barat yg cukup simple tapi mewah. Ada Spaghetti, ada chicken mangga, ada chicken wing honey, Salmon Grill dan paling ramai org tunggu Lamb Grill. Tu paling larislah and sanggup bebaris panjang dua 3 round untuk dptkan lamb ni. Mahamahu pasti tak lepas peluang untuk ambil gambar makanan maklumlah blogger makanan. Koleksi makan mlm di Bankers Room untuk sambutan CNY ChurpChurp kali ni.








Semua perut dah kenyang masing2 happy and suka hati lah, lepas satu game satu game dia org buat untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan silatulrahim antara ahli ChurpChurp Malaysia. Mahamahu pun dapat kenal beberapa org baru kat sana walaupun berlainan bangsa tapi kita satu Malaysia. Kalau ada lagi lepas ni program anjuran ChurpChurp nak lah joint mesti meriah dengan hadiah2 tak pernah blk tgk kosong hehehe. Nak tgk gambar2 sepanjang event mlm tu boleh layari disini Facebook ChurpChurp Malaysia.



Sekali lagi thanks to ChurpChurp Malaysia, Bankers Room dan juga Tesco Online Malaysia kerana sudi menjemput, memberi makanan yg mewah2 dan juga hadiah2 yg hebat kepada semua tetamu yg hadir pada mlm tu. Moga jumpa lagi untuk next event yg bakal lebih meriah anjuran ChurpChurp tahun ni. Selamat berhibur......