Makan Sambil Meraikan Mereka Yg Kurang Bernasib Baik Di Tahun Baru Cina

Makan Sambil Meraikan Mereka Yg Kurang Bernasib Baik Di Tahun Baru Cina - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu ini dan juga kepada rakan2 yg bersama2 dalam dunia blog ini. Rakyat Malaysia ini begitu permurah apabila tiba musim perayaan ini dan paling beruntung adalah golongan yg kurang bernasib baik, pasti akan di raikan dengan penuh meriah untuk mereka. Tak kira bangsa kaum dan agama kita sama2 meraikannya.


Begitulah yg cuba di terapkan dalam Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur apabila pada 8 Feb yg lepas meraikan lebih 30 org anak-anak yatim dan warga emas daripada badan kebajikan House Of Joy. Mereka di raikan dengan majlis makan besar bersama warga hotel dan juga wartawan bersama blogger. Mahamahu seronok dapat menyertai program bersama insan istimewa yg kita tak boleh lupakan.

Mereka di hidangkan dengan makanan yg bnyak oleh pihak hotel seronok tgk kanak-kanak ini gembira. Selain makanan mereka juga bersama dapat berhibur dengan aksi badut jemputan kerana kanak-kanak suka sgt ngan badutkan.Kanak-kanak ni sebenarnya ada bakat istimewa iaitu mereka pandai menari. Tarian pop dance menjadi pilihan mereka untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Seronok tgk mereka gembira.


 

Mahamahu ni dtg tak buat review tentang makanan yg ada kat situ tak sah. Kami berada di O'las Indian Restaurant Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur dan semua makanan di sediakan bertemakan masakan china. Sedap dan menarik kerana simple tapi berlainan daripada lain. Kenyang perut untuk satu hari hehehehe. Kalau mereka yg menginap kat sini cafe yg ada cukup untuk makan tengahari dan mlm.

Yee Sang
Mini Chicken Burger

Crispy Wanton

Untuk appetizer kat sini ada Mini Chicken Burger dan Crispy Wanton. Ada main course iaitu Singapore Fried Noodle dan Hokkien Style Fried Rice cukup ringan dan menyelerakan. Ada juga Spaghetti With Chicken Bolognaise, Breaded Fish Finger, Fatt Choy With Assorted Vegetable dan Roasted Chicken.

Hokkien Style Fried Rice

Singapore Fried Noodle

Fatt Choy With Assorted Vegetable

Breaded Fish Finger

Spaghetti With Chicken Bolognaise
 

Last untuk penutup makan kami ada buah-buahan segar dan juga pencuci mulut manis yg special. Selain itu juga ada aiskrim kerana tetamu yg di raikan adalah kanak-kanak. Special juga makanan untuk mereka kat hotel ni. Untunglah kanak2 tu diraikan dengan majlis yg sederhana tetapi tetap meriah dan happy. Terima kasih kepada Grand Seasons Hotel dan juga O'las Indian Restaurant kerana menjemput Mahamahu dan rakan blogger lain untuk meraikan majlis bersama org2 istimewa ini.











0 comment... add one now