"Book Up" Gedung Online Buku Murah Untuk Ulat-ulat Buku

"Book Up" Gedung Online Buku Murah Untuk Ulat-ulat Buku - Salam sejahtera semua para pembaca yang budiman serta kepaad rakan2 blog Mahamahu sekalian. Mahamahu tahu dalam ramai2 pembaca blog ini mesti ada golongan yg masih belajar lagi. Mahamahu pernah rasai situasi anda nak dptkan buku ilmiah yg boleh di guna pakai semasa pengajian. Maklumlah duit terhad buku semua mahal. Tapi mungkin ini sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan buku murah. Kat mana jom baca.....

Kalau sebut 'Book Up' mesti ramai tanya apa tu?


Book Up adalah satu laman penjualan buku terpakai secara online. Ia di usahakan oleh org tempatan dan juga mereka yg nak membantu remaja2 sekarang mencari buku ilmiah untuk rujukan secara murah dan senang.

Macam mana nak dptkan buku dari 'Book Up'?


Laman ini adalah satu-satu laman jualan secara talian dan juga penghantaran buku secara pos kepada semua pembeli. Anda hanya perlu mendaftar di laman web Book Up dan menjadi ahli untuk mendapakan semua tawaran hebat mereka, ia adalah percuma hanya dalam talian.

Buku yg ada kat sana ok ker?


Buku-buku yg ada di Book Up adalah terjamin dalam keadaan terbaik. Ini kerana setiap buku yg di terima di pilih dengan teliti dan di gredkan untuk memastikan bahawa walaupun ia buku terpakai tetapi masih boleh di guna pakai bagi rujukan pelajar.

Mcm mana pula kalau nak jual buku?


Book Up juga menerima buku2 yg hendak di jual kepada mereka atau anda mahu mereka pasarkan buku anda. Ia merangkumi beberapa syarat yg telah di tetapkan oleh mereka. Ciri-ciri buku yg tidak di terima oleh mereka adalah seperti:-
· Buku haram (seperti buku difotokopi)
· Buku tanpa ISBN
· Buku kerja / panduan belajar / majalah
· buku rosak air / terbakar
· Buku dengan muka surat yang hilang / koyak
· Buku dengan tulang belakang yang rosak / mengikat

Laman ini bukan sahaja untuk mereka yg nak jual buku sahaja tetapi juga untuk mereka yg nak mendapatkan buku pun sgt berguna. Pelajar2 sekarang ni nak dptkan buku rujukan mereka sgt susah dan terhad dengan harga yg mahal. Tapi dengan ada Book Up mampu memberi tawaran harga buku yg murah dan mampu di miliki oleh pelajar. Lepas habis guna jual pula buku tu pada org lain kita pun boleh dpt duit kan. 


Buku adalah ilmu dan ilmu tidak akan hilang kalau kita kongsi kepada org lain. Malah ilmu akan bertambah-tambah dalam diri kita jika kita tidak kedekut dengan ilmu. Itu yg cuba di terapkan dalam penjualan secara online oleh Book Up. Mana nak dapat semua info ini boleh layari laman web mereka seperti detail di bawah.

Alamat : BookUp, 219, Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh Perak
Laman web : http://bookup.my
Email : mike@bookup.my / jacq@bookup.my