Makan Malam Di Madam Kwan Meraikan Pemenang

Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu ni, tahun 2014 ni di mulakan dengan review makan yang agak kerapa. Terima kasih pada yg sudi panggil untuk buat review dan juga terima kasih kepada pembaca yg terus bagi support kepada Mahamahu untuk terus berblog pasal makan ini. Kali ni pun dapat jemputan food review bersama Madam Kwan dan meraikan pemenang peraduan yg di anjurkan mereka.



Bersempena dengan musim cuti sekolah yg lepas dan cuti perayaan, Madam Kwan memberi peluang kepada peminat makanan untuk meluahkan idea untuk mencipta resepi makanan bagi dish baru di semua restoran Madam Kwan. Peraduan ini telah di buka di applikasi laman Facebook mereka tahun lepas dan ribuan penyertaan di terima. Kini Madam Kwan telah memilih 5 yg terbaik untuk di masak dan di rasai sendiri oleh Madam Kwan untuk di adili. 


Dengan itu, Madam Kwan telah memilih 3 menu terbaik dan pada malam tersebut telah di umumkan sebagai pemenang. Majlis paling best mlm tu kami bukan sahaja dapat makan tetapi telah dpt bersama-sama dengan Madam Kwan untuk beramah mesra dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Di sini di bariskan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Permenang pertama : Cik Jennie Cheong - Hidangan Nasi Goreng Otak- otak
Hadiah menjadi menu tetap di restoran Madam Kwan 
Baucer makan RM1000


Permenang Kedua : Cik Celine Kho - Hidangan Ikan bilis Popiah 
Hadiah baucer makan RM500


Hadiah Ketiga : Cik Lee Guat Choo - Hidangan Mangga Ayam 
Hadiah baucer makan RM250 


Selain itu juga, kami di hidangkan dengan menu2 yg ada di Madam Kwan untuk kami nikmati pada malam tersebut. Memang kenyang perut kami mlm tu dpt makan kat Madam Kwan bukan senang nak makan dengan owner restoran popular ni. Antara menu2 yg kami sempat cuba pada malam tersebut seperti dalam gambar kat bawah ni.








Menu baru yang akan di perkenalkan di Madam Kwan untuk tahun baru 2014 ni mesti cuba, Nasi Goreng Petai memang terbaik. Menu ni khas di buat untuk tahun 2014 ni dan boleh mula di nikmat di Madam Kwan. Mahamahu makan Nasi Goreng Petai ni memang sedap terasa petainya.


Selain itu juga, sempena dengan sambutan Tahun Baru China yang makin dekat tahun 2014 ni Madam Kwan juga ada menyediakan set Yee Sang. Dengan harga yang berpatutan set Yee Sang boleh di nikmati pada malam tahun baru bersama keluarga dan insan tersayang. Boleh buat tempahan awal kerana selalunya kat Madam Kwang ni fully booking.


Kalau anda mahu nikmati makan di restoran Madam Kwan mereka ada 7 cawangan yg telah di buka di seluruh Malaysia. Cawangan-cawangan yang ada adalah seperti di Bangsar Shopping Center, Suria KLCC, Mid Valley, Pavillion, Subang Empire, Alamanda dan 1Utama Shoping Center. Boleh dapat maklumat dan juga aktiviti mereka secara lebih kerap boleh layari facebook Madam Kwan di www.facebook.com/madamkwans atau layari laman web mereka di www.madamkwans.com.my.








0 comment... add one now