Mahamahu,

Top Tempat Makan Pilihan Mahamahu 2013

Sabtu, Disember 21, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca, nak tahu Top Tempat Makan Pilihan Mahamahu 2013 habiskan baca entry ni dan anda adakan tahu. Mahamahu suka buat review tempat makan seluruh Malaysiakan maka mesti ada antara tempat makan yg jadi pilihan Mahamahu untuk anda semua. So segala cadangan adalah daripada hasil review yg Mahamahu buat dan juga koment daripada anda pembaca sekalian.

Ada 5 Top Tempat Makan Pilihan Mahamahu bagi tahu 2013 ni. Dah nak habis tahun ni maka akan masuk tahun depan akan ada review tempat makan lain pula yg lebih hebat dan menarik. Hehehe kalau ada org nak jemput lah Mahamahu tak kisah. So kawan2 yg nak tahu mana antara tempat makan yg Mahamahu singgah sepanjang tahun 2013 ni. Jom kita review sama2 ok.


Ni adalah tempat makan pertama pilihan Mahamahu bagi tahun 2013 ni. Kalau kawn2 nak tahu tempat ni memang tip top knp kerana Mahamahu dtg sana dpt layanan first class dan terbaik daripada pekerjanya. Malah makanan yg ada kat sana pun semua sedap2 paling best kat situ adalah sotong goreng tepung kalau kawn2 nak order. Memang terbaik boleh makan seperti keropok sahaja memang sedap. Selain tu makanan seafood juga menjadi menu khas buat mereka yg nak rasa masakan seafood pantai timur. Mahamahu bagi 5 bintang kepada restoran ini good luck.


Restoran kedua pilihan Mahamahu ini adalah restoran Melayu yg juga cukup unik dan penuh kelainan. Bukan sahaja daripada segi rupa bentuk restoran dan juga susun atur dalam yg cantik ini malah makanan yg di hasilkan juga sedap2 belaka. Mahamahu paling suka menu kat sini adalah Butter Prawn kat situ memang cukup sedap dan rapuh bolah makan begitu sahaja. Tempat ni pun sesuai untuk buat date atau candle light dinner dengan yg tersayang. Mahamahu bagi 4 bintang untuk restoran ini good luck.


Ni satu2 restoran cina peranakan yg Mahamahu dpt makan kat tengah2 Kuala Lumpur. Tempat sukup special and kalau nak cari kena sampai jumpa singboard 15, tu tanda anda dah sampai. Betul2 kat tgh Kuala Lumpur menu kat situ segar dan cukup perasa sebagai masakan Baba Nyonya. Menu pilihan Mahamahu adalah Ikan Talapia Goreng Berlada memang sedap dan mengacam tgk ikan pun dah besar. Kalau restoran ni Mahamahu bagi 4 bintang juga sesuai untuk anda nak rasa menu yg lain dari lain.


Kalau sebuh nama restoran ni mcm nama internationalkan tapi ia adalah restoran milik tempatan dan milik penuh Felda. Menu yg di hidangkan pun cukup international dimana menu melayu tradisional yang di fusionkan untuk memenuhi citarasa international. Masakan seperti Nasi Lemak Pandan dan juga Nasi Goreng Selasih adalah menu tradisional yg sedap di sana mesti cuba. Tapi kalau pencuci mulut Mahamahu pilih restoran ni kerana Pengat Nangkanya adalah yg terbaik dan palin gori sekali mesti kena cuba. Mahamahu bagi 3 bintang untuk restoran ini ok.


Kalau nak cari Nasi Beryani Gam tak perlu pergi jauh2 kini restoran Nasi Beryani Gam Johor telah di bawa ker KL. Tu lah tempat Mahamahu pilih untuk makan kalau teringin nak nasi beryani dan daging kambing. Restoran ni sebenarnya byk cawangan seluruh Malaysia so tak rugi kalau pergi memang sedap sebab pilihan Mahamahu menu kat situ adalah Nasi Beryani Ayam memang sedap. Mahamahu bagi 3 Bintang untuk restoran ni. 









0 Pandangan: