Teguran Chef Wan Teguran Seorang Ayah

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan2 Mah@mahu sekalian. Dah kenyang hari ni makan Alhamdulillah harap2 dan kenyangkan. Mah@mahu ada terbaca satu artikel yg di keluarkan dalam sebuah laman sesawang tentang pandangan seorang Chef terkemuka negara terhadap hidangan sebuah restoran yg bertaraf 5 bintang. Katanya Chef ni tak puas hati terhadap hidangan dari restoran 5 bintang itu menyediakan Laksa Nyonya.

Chef yg Mah@mahu maksudkan sapa lagi kalau bukan duta makanan dan masakan Malaysia Chef Wan. Sapa tak kenala nama yg cukup gah dan popular bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia kerana kehebatan dalam mempelbagaikan masakan Malaysia. Bagi Mah@mahu sebagai seorang chef di sebuah restoran 5 bintang sepatut lebih terbuka bila dapat teguran daripada serang yg memang otai dalam dunia masakan.


Bukan teguran itu untuk menjatuhkan restoran itu atau chef itu sendiri tetapi ia sebenarnya untuk menyelamatkan masakan tempatan daripada kesilapan yg tak di sengajakan berlaku dalam satu2 hidangan. Sehebat mana kita pun sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan sepatutnya kita lebih terbuka untuk menerima kesilapan itu. 

Kadang2 Mah@mahu sendiri pun kalau tak puas hati terhadap hidangan sesebuah restoran Mah@mahu tegur terus dengan tukang masaknya sebab kita sebagai pelanggan dan pelaburan kita kuarkan harus berbaloi. Kalau tukang masak tu nak terima atau tidak terpulang tapi kita dah bagi tahu apa yg betulkan dan lepas tu tak dtg lah kedai tu hehehehe. Tapi Mah@mahu ni sapa cuma org kerdil sahaja mampu untuk bagi teguran biasa2. 

Ni pulak chef terkemuka dunia kalau di tegur tu memang adalah yg tak kena. So terima dengan hati terbuka kerana tak salah pun kita menerima tguran org lain. Anggap lah tguran itu daripada seorang ayah kepada anak yg masih baru belajar. Kalau kawn2 ada nak tegur cara penulisan Mah@mahu pun Mah@mahu terima dengan hari terbuka jgn malu nak komen ok kawn2...










0 comment... add one now