Simply Penang Cafe LG1 Sunway Piramid

Salam sejahtera kepada para pembaca dan juga penyokong blog Mah@mahu moga terus maju dan terus berjaya dalam apa sahaja perkara yg di lakukan. Mah@mahu dah lama gak tak kuar entry makan2 ni mungkin sebab sibuk tak sempat nak buat review tempat makan menarik. So today nak buat satu lagi tempat makan yg sempat Mah@mahu pergi untuk makan mlm iaitu di Simply Penang Cafe.


Terletak di tingkat LG1 Sunway Piramid Shopping Mall kalau kawan2 jumpa kawasan ice-skating dekat2 area tepi2 tu ada terletak cafe ni. Tetarik rasa nak singgah kat sini untuk nikmati makan mlm kerana menu dalam tu semua asal dari penang. Kalau penang makanan popular sana pasti Laksa Penang dan juga Nasi Kandar. Tapi kat Simply Penang Cafe ni menu utamanya adalah Nasi Lemak dengan Kari Ayam.


Menu yg ada dalam senari buku menu pun cukup menaikkan nafsu tak tahu mana satu nak makan, kerana cafe Simply Penang ni khas dengan Nasi Lemaknya maka Mah@mahu pun orderlah Nasik Lemak dengan Kari Ayam. Kawan Mah@mahu order Bubur Nasi mcm sedap jer, mcm enak jer hehehehe. Minuman lak kami order Air Tembikai dan juga Cafe Latte.

 


Tgk sahaja menu Nasi Lemak dengan Kari Ayam bahagian peha tu mcm sedap jer. Tak sbr nak makan lengkap set mana dalm satu pinggan tu ada sayur timun, ada kacang dan ikan bilis serta papadom dengan telur rebud. Paling sedap sambil Nasi Lemak cukup umphhh tak pedas pun boleh makan org berbagai peringkat usia.


Kawan Mah@mahu pula order bubur yg memang nampak panas dan menyegarkan. Kalau sapa2 demam atau sakit sesuai untuk makan bubur yg enak, simple dan berkhasiat. Katanya ada daging ayam, ada telur masin yg di hancurkan, ada sayur dan mcm2 lagi kat dalam tu. Tapi kalau kawan2 nak order makanan lain pun ada lengkap kat situ.

 

 


Ada Asam Pedas Ikan dan paling best kat situ ada Penang Famous Fried Koay Teow memang ori Penang kot. Lepas tu ada pula Penang Famous Prawn Mee atau lebih di kenali sebagai Mee Udang kat Penang. Selain tu juga, ada masakan panas seperti nasi goreng dan juga nasi putih bersama ikan goreng atau ayam goreng, byk set boleh pilih.



Tempat yg sesuai dan tak terlalu besar dan tak terlalu kecil sedang2 yg cukup nice untuk makan bersama2 kawan. Dengan dekorasi yg simple tak terlalu padat membuat kita rasa selesa nak makan. Munkin tempat makan ni kalau dtg tghari ramai sebab ramai pekerja area tu dtg makan kot. Mah@mahu nak try makan makanan Penang yg ori kat pulau mutiara tersebut. Sapa nak ajak Mah@mahu pergi sana jom hehehe. Selamat menjamu selera....








0 comment... add one now