Durian,

Red Velvet Dessert Meletop Sepanjang Tahun 2013

Ahad, Disember 29, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog makan2 ni, kali ni entry pasal makanan pencuci mulut yang meletop sepenjang tahun 2013 yg menjadi pilihan Mahamahu sendiri. Sebab minat  buat review makan maka Mahamahu telah jmpa beberapa pencuci mulut yg menjadi hangat sepanjang tahun 2013 ni. Maklumlah dan nak hujung tahun ni makan mcm2 imbauan sepanjang tahun 2013 ni akan Mahamahu  buat. Jadi kalau ada yg tak kena ngan anda tu ia cuma pendapat Mahamahu jer ok. Jom kita lihat dessert yg menjadi top sepanjang tahun 2013 ni.

Top 1 - Red Velvet 


Ni adalah ratu dessert di Malaysia, mula popular pada petengahan tahun ni dengan cara hiasan yg berbeza-beza mengikut kehendak. Pada asal ia dtg dalam bentuk sebiji kek tetapi kini telah di perluaskan penghasilannya dalam bentuk cupcake, pancake, roll cake dan juga cookies. Sejarah Red Velvet telah mula di hasilkan daripada tahun 1972 dengan warna merah adalah daripada Beetroot iaitu sejenis ubi. Kek Red Velvet adalah kek berwarna merah yg di buat dalam bentuk belapis-lapis dengan di tengahnya di lapisi krim keju atau aising. Ia menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia tahun ini sehingga setiap kali jual ia adalah antara dessert paling laris sekali.

Top 2 - Tiramisu 


Dari keluarga pencuci mulut juga, Tiramisu adalah makanan daripada Itali dan ia di bawa ke Malaysia oleh chef2 international. Tiramisu adalah dari istilah Itali yang membawa maksud "Menjemput saya" ia sebenarnya terdiri daripada biskut yg berbentuk jejari yg di makan bersama dengan kopi oleh org Itali. Tetapi kini telah di revolutionkan kedalam bentuk lapisan kek yg di saluti dengan keju dan aising untuk rasa lebih lembut. Ia mesti dalam perisa kopi kerana asalnya ia adalah biskut kopi. Menjadi makanan dessert paling menyengat buat masa ini.

Top 3 - Cupcake


Yg ke tiga ni juga makanan daripada luar yg telah di bawa masuk ke Malaysia untuk di nikmati dan ada juga yg telah menjadikan ia hasil business yg maju sekarang ni. Cupcake adalah sejenis kek dalam bentuk yg lebih mini dan lebih sesuai untuk di makan di majlis2 dan juga acara besar-besaran. Sesetengah org telah mengantikan kek besar kepada cupcake kerana ia cantik dan boleh di hiaskan dengan pelbagai bentuk. Cupcake di cipta pada tahun 1796 dan kini ia menjadi trand kepada mana2 kedai kek atau roti mesti ada cupcake kerana ia telah mendapat sambutan hebat. Ada yg telah kara raya dengan business cupcake ni.

Top 4 - Macarons


Adalah satu lagi pencuci mulut yg berasal daripada Itali. Ia adalah sejenis dessert yg keras seperti buskut tetapi ia manis dan cair dimulut jika di makan. Dua keping biskut yg di apit di tengah2nya adalah butter cream atau jem di tengah2nya. Ia sesuai untuk parti atau majlis keraian untuk tetamu dtg makan sejenis makanan ringan. Macarons kini di hasilkan dengan pelbagai rasa dan warna yg menjadikan ia adalah dessert paling comel dan di minati kanak-kanak. Inti di tengah juga telah di tambah perisa dan kadang2 di gunakan rasa yg lain untuk tampil unik dan menarik seperti krim coklat.

Top 5 - Sago Gula Melaka


Knp Mahamahu pilih satu2nya makanan pencuci mulut tradisional ni? Ini kerana kalau mana2 Mahamahu pergi review makanan kat restoran2 besar atau hotel ini adalah salah satu dessert wajib ada kat meja. Sebab itulah ia antara dessert paling popular tak di telah zaman dan masih di minati oleh setiap generasi kerana keaslian rasanya. Cuma sekarang dah zaman mengalami revolusi begitu juga dengan Sago Gula Melaka ini daripada segi persembahan telah di tambah baik tetapi dari segi rasa dan ciptaan ia masih kekal keaslian makanan pencuci mulut tradisional Malaysia. Makin manis campuranny makin sedap dan makin pekat makin mengancam.

Tu dia tadi senarai pencuci mulut pilihan Mahamahu dan juga mungkin pilihan rakyat Malaysia sepanjang tahun 2013. Tapi pasti makanan Malaysia juga yg terhebat dan menjadi idaman di hati tiada tandingannya. Mungkin satu hari nanti kita boleh bawa makanan tempatan ke serta dunia dan menjadi pencuci mulut hebat sapa tahukan. Mahamahu pun nak mencipta makanan yg boleh org lain cuba dan tiru di serata dunia hehehe hebatkan.










0 Pandangan: