Local Food,

Nasi Lemak Terbaik di Port Dickson

Selasa, Disember 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca sekalian, Mahamahu nak sharing satu lagi tempat makan best iaitu nasi lemak terbaik yg ada di Port Dickson. Sebelum ni Mahamahu tulis pasal aktiviti BBQ bersama kawn2 officemate kat PD kan. So lepas habis aktiviti tu malam Mahamahu pun dapat jemputan dari kawn baik org Nogori Sembilan juga. Bawa jalan2 kat sekitar PD and singgah makan kat sebuah gerai nasi lemak terbaik di PD.


Gerai nasi lemak ni kawn Mahamahu punya juga baru sahaja di usahakan oleh mereka. Kalau tgk gerai ni biasa jer berada di tepi restoran Tanjung Gemok. Kalau nak cari restoran ni ada sebelah kanan laluan daripada Seremban menghala ker PD. Memang boleh nampak signboard restoran ni. Lepas tu kat tepi kedai tu ada gerai kecil jual nasi lemak nama gerai tu Nasi Lemak Yap. Alamat penuh restoran kalau nak cari boleh search kat google maps atau waze.


No 1 Taman Mikamas, Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Untuk tempahan hubungi 
017-350 7776 (Yap)


Special nasi lemak kat situ mesti lah nasi lemak dengan ayam percik. Wahh kalau nak nikmati makan malam yg penuh tradisional boleh dtg ker gerai Nasi Lemak Yap. Selain tu juga nasil lemak kalau biasa makan mesti tahu kelebihan nasi lemak terletak pada sambalnya. Bila Mahamahu makan sambal nasi lemak ni memang sedap dan catarasa kg yg ada manis and pedas. 



Ada byk lagi lauk pauk yang ada kat gerai nasi lemak ni boleh di pilih mana jadi pilihan hati. Ada nasi lemak sotong, nasi lemak telur goreng dan nasi lemak kerang. Semua harga special dan berpatutan. Kalau kawn2 dtg bercuti atau bersantai di PD mlm hari pergi lah singgah di gerai Nasi Lemak Yap. Gerai ni bukan setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 7.00 mlm sehingga 11.00mlm, tapi selalunya menurut kata tuan gerai akan habis awal sapa cepat dia dapatlan. 


Masa Mahamahu dtg hari tu memang ramai org makan mlm kat situ sambil chill out bersama kawn2. Kalau rasa dah ada kat PD mesti pergi cuba nasi lemak kat gerai Nasi Lemak Yap ni. Mahamahu pun kalau dtg sana mesti pergi lagi sedap tu nasi lemak nya mana nak cari kat PD tu. Mahamahu doa moga business mereka lebih maju dan berjaya ok serta selamat pengantin baru nanti Insyallah hehehe..