Minyak Wangi,

Minyak Wangi Pilihan Lelaki 2013

Rabu, Disember 11, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejehtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu terutama kepada jejaka2 idaman melaya, yg sentiasa menjadi perhatian wanita2 di luar sana. Hehehe Mah@mahu dah lama tak buat entry kha untuk lelaki tapi kali ni khas buat sempena dengan hujung tahun 2013 yg bakal tiba, Mah@mahu akan byk buat entry khas seperti ini. Kali ni nak buat sedikit review yg Mah@mahu dapat daripada kawn2 untuk minyak wangi pilihan lelaki tahun 2013.

Ada beberapa jenama yg Mah@mahu pakai sendiri dan ada yg di guna pakai oleh kawn Mah@mahu. Lelaki sekarang bukan lagi sesuatu yg pelik untuk berwangi-wangian kerana itu ramai lelaki di gelar Metroseksual apabila tampil lebih bergaya dan kemas. Minyak wangi ini adalah sebahagian daripada keperluan lelaki sekarang.


Pilihan pertama Mah@mahu adalah Polo Red Ralph Lauren dengan merah menawan dan juga cukup aksi. Sesuai untuk lelaki yg sexy dan ada daya menggoda untuk menarik minat org mendekati dan memerhati. Harga kat Malaysia masih baru dengan permulaan RM300 minyak wangi ini telah memikat hati ramai lelaki untuk memiliki. Koleksi yg masih segar di pasaran minyak wangi di Malaysia.


Pilihan kedua Mah@mahu adalah Calvin Klein Be yg juga berbau agak sedikit keras tetapi cukup sesuai untuk lelaki yg lasak  dan romantik. Tgk rupa botol pun dah tahu ia untuk lelaki yg pentingkan gaya mutu keunggulan. Harga tak lah mahal mana pun lingkungan RM180, tapi ia adalah koleksi terakhir yg di keluarkan oleh CK untuk tahun ini. Mungkin lepas ini akan ada perfume baru yg lebih new dan bertrend daripada ini. 


Pilihan ke tiga daripada keluarga Calvin Klien juga iaitu CK One adalah antara minyak wangi yg turut menjadi pilihan Mah@mahu. Wangian yg sedikit lembut dan seakan bau bunga ini sesuai untuk lelaki dalam hati ada taman tetap tetap nak tampil bergaya. Bau yg telah lama keluaran CK ini kini menghadapi fasa untuk pembaharuan dan juga pada harga yg lebih murah lagi iaitu RM110


Pilihan terakhir Mah@mahu adalah satu wangian klasik tetapi masih menjadi pilihan ramai jejak di Malaysia kerana mungkin botol dan wangian yg di keluarkan lebih sexy. Wangian ini tidak adakan luput kerana tetap memikat wanita yg menghampiri lelaki dengan wangian daripada 212 Sexy Men. Harga pun masih kekal dalam lingkungan RM240 di pasaran sekarang. 

Itu adalah antara minyak wangi pilihan Mah@mahu untuk tahun 2013 dan mungkin anda boleh cuba juga untuk mencari kelainan dalam penampilan dan gaya seorang lelaki sejati. Mana tahu salah satu ini berjaya memikat hati si dia untuk anda. Tunggu keluaran baru tahun 2014 minyak wangi pilihan mana menjadi idaman Malaya.