Hiburan,

Lawak Ke Der 3 Lebih Lawak Dari Biasa

Khamis, Disember 05, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca dan juga pengikut blog Mah@mahu anda sgt2 hebat lah. Mah@mahu pun tak sangka ada pembaca dan pengikut yg setia mcm anda tahniah lah semua. Entry khas untuk semua pelawak yg akan menjayakan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. First thanks to Bro Freminston kerana jemput Mah@Mahu untuk menonton tayangan Lawak Ke Der 3 hari pertama. Terima kasih juga kepada penaja tiket iaitu Escape yg telah memberi tiket percuma kepada blogger2 sekalian.


Lawak Ke Der 3 dah masuk musim yg ker 3 kali ini dengan masih mengekalkan konsep lawak standup komedi dan juga lawak spontan di atas pentas. Masih mengekalkan beberapa nama besar dalam Lawak Ke Der 3 seperti Nabil sebagai penyampai dan juga Harith Iskandar sebagai pelawak Standup. Turut menjayakan Lawak Ke Der 3 kali nama bru yg juga memang lawak seperti Douglos Lim dan kumpulan Jambu.

Pembukaan yg mantap pasti daripada Nabil Ahmad memang selamba dan juga meriah dengan tarian dan juga nyanyian. Nabil ni memang sesuai jadi penyampai kalau kat mana2 tak kira anugerah atau program realiti pun di cukup kelakar. Tapi kadang2 ada sikit hilang tumpuan tapi Nabil tetap pandai mengatasi semua itu.


Kemunculan sulung Douglas Lim dalam program lawak seperti ini memang memberi impak besar kepada pelawak yg telah 18 tahun dalam industri hiburan ini. Douglas nampak sedikit gugup tetapi pandai menggunakan kelemahan itu untuk melawak dan terus memberi punch line yg terbaik dengan jalan cerita yg membuat org ramai tidak henti ketawa. Putus kejap urat ketawa ni bila Douglas yg petah belawak dalam bahasa Melayu.

Kumpulan Jambu juga tidak mengecewakan dengan lawak melalui gerak daya dan memek muka mereka menjadi. Tapi mungkin pertama kali juga muncul di dalam program lawak berprestij ni membuat Jambu kadang2 agak hilang arah tuju dan tidak sampai lawaknya. Tapi Jambu tetap ada peminat tersendiri untuk terus maju dalam dunia lawak.


Harith Iskandar adalah antara pelawak yg di nantikan kerana lawaknya cukup dengan ilmu dan pengajaran buat penonton. Tahniah kepada Harith Iskandar dan juga kepada team Lawak Ke Der 3 terutama Hans Isaac kerana berjaya membawa lawak ni ker satu pentas yg lebih tinggi. Jgn lupa untuk saksikan Lawak Ke Der 3 bermula 4 Dec 2013 hingga 8 Dec 2013 di Istana Budaya. Tiket boleh di dapatkan di http://www.ticket2u.biz/.