Aktiviti,

Pameran Kerjaya Fokus Sektor dari TalentCorp Dan UiTM

Selasa, November 19, 2013 Mahamahu 0 Comments

Malaysia dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi perlu lahir tenaga mahir pakar dalam semua sektor industri. Ini akan menggerakan cita2 negara dalam usaha tersebut dengan lebih pantas jika kita mampu menampilkan meraka yang mempunyai kelebihan itu. Dengan usaha itu maka TelentCorp dan UiTM bekerjsama dalam merencana misi kerajaan dengan “Sector Focused Career Fair” atau SFCF 2013



Bertempat di dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam 12-13 Nov 2013, Pamera Kerjaya telah di adakan bagi memberi peluang kepada graduasi terutama pelajar-pelajar kelahiran UiTM sendiri untuk menceburi bidang industri  yang kritikal dan memerlukan mereka bekelayakan. Pameran dan juga siri ceramah diadakan di bawah satu bumbung dengan mengumpulkan penggiat industri yang kukuh di Malaysia. 



Nama besar seperti Shell, AIG, CIMB, HP dan juga dari belbagai bidang di kumpul untuk memberi peluang kepada graduan yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Mereka boleh terus berkumunikasi dengan HR dan orang kuat syarikat-syarikat tersebut dengan lebih dekat untuk mengenali bidang dan aspek yang sesuai dengan mereka. Ia akan lebih memberi kefaham kepada graduan sebelum terus menyertai bidang kerjaya yang sebenar. 



Selepas semua di kenal pasti dengan jawatan yang ada mereka graduan juga boleh terus menghadiri sesi temuduga yang juga di adakan di kawasan yang sama. Ini akan lebih mempercepatkan proses pengambilan dengan graduan yang betul-betul layak dalam bidang mereka sendiri. Semua yang hador lebih mengenali kemampuan dan kehendak sendiri dalam pameran kerjaya ini. 


 


Maka dengan ini matlamat utama kerajaan lebih mudah dan cepat di capai dan bakat muda yang mahir tidak disia-siakan tanpa di fedahkan dalam industri negara. Bagai mendapatkan maklumat lebih tepat dan detail layari www.talentcorp.com.my atau www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF sekarang.







0 Pandangan: