Ninetology Z1 Dan Samsung Mega Bersaing Meletop

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan ini adalah buat pertama kali Mah@mahu buat review untuk dua jenama telephone pintar yang kuat dan besar di persada gadjet negara kita. Sebelum ini kita selalu di sogokkan oleh teknologi dari negara Korean iaitu Samsung. Namun dunia teknologi sentiada berubah setiap satu saat dan kini persaingan kian kuat begitulah yg cuba di tampilkan oleh product Ninetology.
Kita lihat kehebatan antara dua peranti keluaran Ninetology iaitu U9Z1 dan juga keluaran Samsung iaitu Samsung Mega. Mah@mahu mulakan dengan perbezaan paling ketara dari segi fiikal kedua2 product ini. Ninetology U9Z1 mempunyai saiz fizikal lebih stabil di tangan iaitu pada saiz tinggi 161mm dan lebar 82.5mm. Yang kalau di bawah dalam beg tangan wanita hanya memuat lebih kurang separuh suku beg tangan mereka, cukup padan dan sesuai.


Samsung mega pula pada saiz yg lebih besar iaitu 167mm tinggi dan 88mm lebar jauh lebih besar untuk di pegang dalam genggaman tangan sebelah. Perlukan kita kepada 2 tangan untuk menggunakan phone ini bagi menaip text atau masej.

Kita pergi pula kepada persediaan yg penting dalam sebuah telephone pintar. Camera merupakan adalah ciri utama pemilihan pembeli untuk membeli phone makin besar resolusi camera phone itu makin ramai pembeli kerana lebih jelas dan terang. Bagi Ninetology U9Z1 mempunyai bukan setakat camera belakang malah camera depan dengan resolusi jauh lebih hebat. Camera belakang dengan 12MP manakala camera depan dengan 5MP menjadikan ia antara phone dengan camera paling cantik dan bagus dalam telephone pintar.

 


Manakala bagi Samsung Mega pula ada dua kamera teatapi kamera belakang hanya 8MP manakala kamera depan hanya 1.9MP . Ruginya rasa besar tetapi camera kurang memuaskan dan tidak menarik untuk di gunakan bagi tujuan photographer. 

Kita terus pula kepada skrin phone yang menunjukkan bahawa Ninetology U9Z1 mempunyai "Corning Gorilla Glass" yang tersedia didalamnya. Ini adalah bertujuan untuk melindungi skrin daripada calar dan mengurankan penglihatan calar yg terhasil pada skrin. Ia juga tersedia dengan "Gorilla Glass Panel" yg cukup sensetif walaupun jari berada pada jarak beberapa inch pada skrin ia akan terus bertindak dan itu akan mengurangkan kesan atau calar pada skrin phone anda.


Bagi Samsung Mega ia tidak tersedia di dalam kerana anda perlu beli perlindungan tambahan yang menambahkan kos kepada anda untuk melindungi skrin daripada calar atau kesan2 cacat yang cukup halus. Ini akan membuatkan alas atas phone anda akan cepat kelihatan buruk dan pudar.

Last nak cite pasal kuasa dalam kerana ini adalah engine kepada setiap phone kerana kehebatan terletak di sini. Prosessor dan juga RAM menjadi penilaian kepada pembeli kerana kelajuan applikasi di operasikan berpandu kepada ini. Ninetology U9Z1 mempunyai 1.2GHz Quad Core Processor dan ditampung dengan 1GB RAM. Kekuatan ini pula di isi dengan sehingga 16GB ROM iaitu tampungan memorie untuk applikasi yang besar dan banyak daripada Andriod.

 


Manakala Samsung Mega juga tidak jauh beza dengan product Z1 tadi. Menggunakan Dua Core Processor dan pada kelajuan 1.7GHz. Memori juga tidak jauh beza dengan Z1 iaitu pada tahap 16GB ROM.

Perbandingan lain yg ada dalam kedua2 phone ini boleh anda bandingkan di sini dengan begitu byk sekali. Anda boleh lihat sendiri kehebatan mana satu menjadi pilihan anda. Jgn abaikan semua ini ketika anda membuat perbandingan untuk membeli phone nanti ok.


Terima kasih kepada pihak Ninetology atas peluang dan tawaran yang diberikan. Bagi mereka yang mahu mendapatkan Siri U9 dari Ninetology, mereka ada menawarkan baucer bernilai RM200 kepada 100 orang setiap bulan. Anda hanya perlu melanggan newsletter dibawah sahaja.










0 comment... add one now