Kempen,

Kempen Lampu Solar Maybank Untuk Asia

Ahad, November 10, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu sekalian dan juga buat rakan2 semua. Kini Maybank dalam tanggungjawab koporat meraka untuk membantu pihak yg memerlukan kini tampil dengan kempen terbaru. Projek H.E.A.R.T. adalah sebuah gerakan oleh Maybank dengan satu matlamat "Helping Every Asian Rise Together" dalah satu daripada usaha berterusan Maybank mendekati rakyat yang memerlukan.


Kempen ini adalah peluang untuk Mybank menerangi kehidupan mereka yg berada dipedalaman dalam mencari sinar kehidupan lebih terang. Satu mentol solar akan di sumbangkan kepada keluarga org asli yang berada jauh di dalam kawasan gelap jauh daripada keperluan elektri. Dengan mentol solar ini mampu menerangi dan membantu mereka untuk meneruskan hidup tanpa perlu kepada pelita minyak api yg menggunakan kos tinggi.


Dalam memastikan kempen ini terus begerak seiring dengan kemajuan teknologi kita sebagai rakyat yg prihatin dan sentiasa suka membantu amat2 di perlukan. Bukan wang ringgit atau tenaga ygperlu di korbankan tetapi hanya sedikit penulisan mampu membakar semangat mereka untuk terus menerangi masyarat yg memerlukan.


Caranya mudah saja apa yg anda perlu lakukan hanya #projectheart setiap kali anda Twitter atau update status anda di Facebook atau Instagram anda. Setiap kali update status anda selitkan gambar kempen ini atau sertakan sekali dengan link website mereka http://www.maybankprojectheart.com/. Ini akan menyebarkan lagi kempen ini kepada seluruh warga Malaysia bahawa kita prihatin dan membantu. 


Projek pertama mereka setakat ini adalah perkampungan org asli Kampung Chuweh di Grik Perak. Ia akan di teruskan ke negara Philippines untuk mencari pula kawasan yg akan di terangi melalui kempen ini. Untuk mendapatkan gambaran atau bagaimana kempen ini berjalan boleh layari laman web mereka http://www.maybankprojectheart.com/