Mahamahu,

Dapur Melayu & Cina Muslim Bergabung Di Restoran Nasi Lemak Nana

Selasa, November 26, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 sekalian tak sah kalau tak buat entry pasal makan kat blog Mah@mahu ni. So hari ni nak buat entry pasal tempat makan yg baru sahaja di bukan di kawasan Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai. Kalau tgk nama kedai ni unik sebab panjang and ada dua tapi yg pasti nama kedai ini adalah Restoran Nasi Lemak Nana. Menggabungkan dua hidangan dalam satu bumbung iaiti masakan Dapur Melayu dan juga Cina muslim.


Kalau dah nama kedai Nasi lemak mesti lah main menu kat sana Nasi Lemak Ayam Berempah. Kalau tgk saiz ayamnya memang besar rasa nak habis sorang ni mcm tak mampu. Tapi ayamnya like2 sedap di goreng garing dan panas. Style makan kat sini layan diri di mana kita boleh isi berapa byk nasi lemak kukus dan juga kuah atau laun yg hendak di pilih. Nanti pelayan akan kira berapa yg kita makan dan pelayan kat sini peramah tau.




Apa pula hidangan cina yg ada kat restauran ini, jgn risau makanan cina kat restauran ini halal dan yg simple saja. Kat sini ada Yong Tau Foo special dimana ada dua jenis boleh buat iaitu dengan sos hitam manis atau juga dengan sup. Selain itu ada juga, Dim sum yg panas dalam alat kukus kat depan pintu bila and nak masuk menarik selera untuk makan. 



 

Special tak kedai ni kat dalam semua makanan lauk pauk atau org kita panggil nasi campur, kat luar makanan cina pula. So kalau dtg nak makan berat ada nak makan yg simple2 tapi kenyang pun ada juga. Air kat sana pasti lah ada air2 manis dan sejuk. Special air buah di buat sedap2 manis dan menyelerakan untuk membasa tekak setelah makan pedas nasi lemak.




Harga jgn risau memang bebaloi kalau makan bersama keluarga atau rakan2. Kedai ni kalau tgk dari luar cukup putih bersih sebab tema kedai ni putih bersih. Daripada cat dinding hingga ker pada meja dan kerusi semua putih hehehe. Nak cari senang saja kalau dtg kawasan industri Puncak Jalil akan nampak di laluan depan jalan. So apa lagi jom kita cuba....