Food,

Burger Besar Dan Lazat di The Daily Grind

Sabtu, November 16, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu sekalian. Hari ni mestilah nak buat review makan lagi. Kali ni lak Mah@mahu pergi makan kat sebuah cafe atau restauran yg unik dengan design yg cukup cantik. Kalau sapa selalu shopping kat Bangsar Village pergi area Lower Ground Floor akan jumpa cafe yg di beri nama The Daily Grind

 


Sebut pun dah susah maklumlah restauran western menu sebab kalau kat situ memang semua makanan2 barat. Daripada Burger, Spaghetti, Pasta, Salmon, Hotdog dan byk lagilah. Tapi yg best kat sini kata org burger dia memang cukup besar dan mengenyangkan. Burger pula dtg dalam belbagai saiz dan rupa, dengan eksessori tambahan lain yg ada dalam tu ada cheese ada union ring dan ada bakon.

 




Lagi sedap kat sini sebenarnya semua pattey yg ada di hasilkan sendiri oleh tukang masak profesional. Semua daging di dapatkan segar daripada pasar dengan campuran rempah ratus yg unik menjadikan ia cukup sedap. Mah@mahu pertama kali makan pun memang dagingnya besar, tebal dan sedap dengan masak setengah. Di hidang dengan sayur segar dan juga sos yang di hasilkan sendiri.






Mah@mahu hari tu makan kat The Daily Grind ni nama burgernya iaitu 'Man Burger' khas di keluarkan untuk promosi bulan November. Kawan Mah@mahu pula minta 'Triple Stack Burger' iaitu daging yang di lapis tiga tingkat memang kenyang. Kalau wanita pula mestilah nak dietkan so kat The Daily Grind boleh dapat makanan ringan tak berat sperti salad dan juga spaghetti mahupun sandwich.

 
Berbaloi makan kat sini kerana harga dan juga kuantiti makanan cukup untuk kita makan tghari dan juga makan petang mahupun malam. Di bukan setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 11.00mlm boleh nikmati berbagai menu barat. Kalau nak chill2 sambil makan cake pun ada kat sana dengan kopi khas yg mereka hasilkan sendiri, tapi kata mereka Salty Caramel Chocolate Cake paling istimewa kat sana cubalah. Selamat menjamu selera.







0 Pandangan: