Mahamahu,

Bawa Bertenang Dan Makan Nasi Lemak - FriedChilies Food Network

Isnin, November 11, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 sekalian, moga terus di kasihi dan di lindungi rahmatNya. Sabtu lepas Mah@mahu pergi satu acara makan2 yg lain daripada lain. Knp Mah@mahu ckp lain sebab acara makan2 ni mengumpulkan 10 kedai makan nasi lemak terbaik sekitar KL. Buat pertama kali Mah@mahu dpt tahu tentang acara mcm ni memang baru dan unik. 


Bertempat di TMCC Jalan Pantai Baharu KL acara yg di anjurkan sebuah saluran masakan di Hypptv iaitu FriedChillies Food Network mengumpulkan gerai nasi lemak terhebat di KL. Dengan konsep acara"I eat Nasi Lemak" Mah@mahu buat pertama kali dpt rasa semua jenis nasi lemak yg terbaik dan paling sedap kat KL ni. Adalah beberapa nama yg pernah Mah@mahu pergi dan rasa sendiri nasi lemaknya tapi rupanya ada byk lagi yg sedap2 kat sekitar KL.

 


10 kedai nasi lemak terbaik KL di kumpul bawah satu bumbung satu idea yg bagus. Kat sana style makan pula mcm hari kantin sekolah iaitu kita kena byr kupon makan dan daripada kupon itu kita buleh pilih untuk makan nasi lemak di semua gerai2 yg ada. Mah@mahu pun sempat mencuba beberapa nasi lemak terbaik di KL ni jom Mah@mahu kenalkan gerai2 tersebut ok.

Nasi Lemak Pak Ayob
Seksyen 20 Shah Alam

Det Station
Jalan Avenue 3, Kg Ampang Campuran, Ampang

R.A Nasi Lemak
Jalan Raja Abdullah, Kg Baru KL

Nasi Lemak Tanglin
Tanglin Food Court, 
Jalan Cenderasari 3, KL

Nasi Lemak Bus Stand
Damansara Uptown 

Suri Nasi Lemak Panas
Medan Selera Jaya 223,
Petaling Jaya

Nasi Lemak Ujang Corner
Bandar Baru Selayang
 

Nasi Lemak Pak Ya
Jalan Kubur
Pantai Dalam

Nasi Lemak @ Mak Jah's Corner
Off Jalan Kerja Air Lama
Ampang Jaya


Village Park
Jalan SS21/37, 
Damansara Utama Petaling Jaya

 

Selain daripada makan nasi lemak kat event tu juga di adakan game untuk memeriahkan majlis. Mah@mahu jadi peserta untuk game membungkus nasi lemak paling pantas. Hehehe walaupun tak pandai tapi cuba dpt juga lah tempat ke tiga. Sapa sempat bungkus nasi lemak dalam masa 15saat hehehehe. 



Kalau datang sana dpt juga goodies bag dan juga kalau beli kupon untuk makan anda juga layank untuk sertai cabutan bertuah. Tapi Mah@mahu sentiasa tak tuah heheh tak apalah bukan rezeki. Harap lepas ni ada lagi event makan2 meriah mcm ni hehehe. Kalau ada invitelah Mah@mahu boleh cuba2 makanan yg enak serata Malaysia hehehehe.. Selamat menjamu selera.....