Aktiviti,

#TSDayout Penjelajahan Ke Daerah Banting Yang Menarik

Khamis, Oktober 24, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian, last entry Mah@mahu ada buat pasal tempat makan di Banting [klik sini]. Nasi Lemak Sotong dan telur goyang terbaik di daerah Banting, ini adalah sambungan kepada entry tu. Sebenarnya Mah@mahu dan 30 blogger lain terpilih untuk sertai #TSDayout penjelajahan ke daerah Banting. Ini adalah rentetan daripada bulan melawat Kuala Langat, terima kasih kerana memilih Mah@mahu lagi.


Sambung entry lepas, sebaik sahaja makan sarapan pagi kat Nasi Lemak Sotong dan Telur Goyang tu kami teruskan perjalanan ke destinasi yg berikutnya iaitu ker perusahaan kerepek. Salah satu sumber ekonomi industri kecil dan sederhanan di daerah Banting adalah perusahaan kerepak. Yg popular di banting iaitu Ros Kerepak atau Ros K.Enterprise.



Kat situlah kami belajar bagaimana daripada bahan mentah seperti ubi kayu di proses menjadi kepingan kerepek dan juga kepada proses pembungkusan. Kalau tgk kerja mereka buat memang cukup teliti dan juga berkualiti sebab itu kerepek keluaran Kak Ros ni sedap. Sehari kata mereka hasilkan lebih daripada 1 Tan ubi kayu untuk di jadikan kerepek. Daripada proses mengupas kulit ubi kayu kepada proses memotong menjadi kepingan dan juga kepada proses menggoreng semuanya di kawal kualiti.




Tgk kilang yg bersih kemas dan teratur adalah keutamaan mereka agar kualiti yg di hasilkan setanding kerepek keluaran lain. Kata pemilik perusahaan kerepek ini jualan produk mereka adalah untuk jualan tempatan sahaja tetapi mendapat sambutan setiap kali menjelang musim perayaan. Selain daripada kerepek ubi ada juga kerepek pisang, dan kerepek ubi keledek yg di hasilkan di sana. Mereka juga mencipta hasil ciptaan baru seperti kerepek nangka dan juga bahan makanan ringan lain.



 

Kami kat sana selain belajar mcm mana kerepek di hasilkan kami pun sempatlah membeli belah untuk di bawa pulang ker Kuala Lumpur. Maklumlah dah ada kat kilang kerepek dptlah harga istimewa. Kalau sapa2 nak buat business kerepek boleh dptkan stock kat kilang Kak Ros ni harga boleh runding hehehe.. Terima kasih kepada Kak Ros Kerepek kerana memberi peluang kami belajar perkara baru menghasilkan kerepak yg enak.





Selepas berada di kilang kerepak tu, kami pun begerak ke destinasi utama penjelajahan kami ini iaitu Paya Indah Wetland. Tak sabat Paya Indah Wetland nak tgk Badak Air dan juga buaya yg ada di sana. Kalau perjalanan daripada Kuala Lumpur hendak ker Paya Indah Wetland mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tetapi kalau daripada pekan Dengkil ia hanya mengambil masa kurang dari 10 minit perjalanan sahaja. Paya Indah Wetland terletak di dalam daerah Kuala Langat dan ia adalah satu daya tarikan pelancong di sana.

 
Sampai sahaja kami kat Paya Indah Wetland memang terpegun kerana kawasan bekas lombong ini menjadi satu2nya kawasan kajian dan penyelidikan hutan paya gambut yg terpelihara. PIW (Paya Indah Wetland) telah di buka pada tahun 1998 dan di wartakan sebagai tapak perlindungan 'Wetland' di Malaysia. Diurus tadbir oleh Jabatan Perhilitan Malaysia kini taman ini bukan sebuah zoo tapi pusat penyelidikan terutama kepada habitat burung pindah dari serata dunia.


Kami di sana di berikan taklimat oleh pengurus PIW tentang tiga zon utama yg ada di sana. Zon Rekriasi, Zon Konservasi & Penyelidikan dan juga Zon Pendidikan. Kami kat sana menjelajah seluruh PIW menggunakan basikal satu lagi perkhidmatan yg di sediakan di PIW. Boleh menaiki basikal untuk mengelilingi kawasan PIW. Kami di pecahkan kepada 2 kumpulan besar untuk pergi ker taman2 yg ada.




First kami pergi ker Tasik Itik di mana di situ di tempat2 beberapa ekor jenis itik bagi tujuan pemerhatian dan kajian ekosistem. Kata mereka itik2 di sini digunakan untuk tujuan kajian tentang habitat dan juga penyakit berjangkit yg di bawa oleh burung. Kawasan tasik semulajadi yg terbentuk oleh kesan lombong menjadi habitat buat itik2 di sana.



Habis jer jalan kat tasik itik kami gerak pula ke satu lagi daya tarikan di PIW iaitu kandang buaya. Menurut penjaga buaya di sana ada lebih daripada 48 ekor buaya tembaga yg di pelihara di sana. Kesemua buaya ini di berikan makanan diet seimbang agar terjaga kesihatan, kalau nak tgk mereka bagi makan kat buaya kawn2 semua kena dtg pukul 11 pagi kerana semua buaya di beri makan pada waktu itu. Boleh tgk buaya tu melompat untuk mendapatkan makanan yg di berikan oleh penjaga mereka.




Best lah dpt tgk buaya liar dari jarak dekat. Lepas habis tgk buaya makan kami pun gerak lah ke kandang seterusnya iaitu kandang Badak Air. Ia Antara Haiwan liar yg di pelihara di sana dan badak ini di peliharan bersama 3 ekor badak air yg lain. Paling menarik kat kandang badak air di PIW ini adalah melihat gelagar anak badak air yg lahir di kandang itu sendiri dan ia merupakan badak air pertama lahir di Malaysia. Nama badak air yg kami sempat jumpa iaitu Juwita dan anaknya masih tak ada nama. 

 


Tgk sendirilah gelagat dua beranak badak air ni, memang menghiburkan kami lah yg dtg ke situ. Badak air adalah dari keturunan Herbivor iaitu pemakan sayur dan buah-buahan. Hormon dalam diri badak air adalah berketurunan ikan lumba-lumba manakala fizikal badak air adalah campuran  tapir dan juga khinzir. Byk yg kami belajar apabila berada di kandang badak air ni dan suka tgk gelagat badak ni makan.


Lepas habis tgk badak makan so tiba pula time kami untuk makan hehehe lapo perut kami ke bahagian akhir penjelajahan kami di PIW. Kami di bawa ke kawasan chelet yg berada di sana untuk melihat sendiri kemudahana penginapan yg di sediakan. Chelet kat sana memang luas dan juga berpatutan kalau nak rasa suasana mlm di kawasan paya leh duduk kat chelet tu dan nikmati suasana mlm ok.


Lepas tu kami makan di dewan utama di sediakan khas untuk kami para blogger ni. Sambil kami makan kami di berikan taklimat tentang PIW secara detail oleh pegawai yg ada di sana. Kami di terangkan tentang jenis2 burung yg terdapat di PIW. Rupanya kat situ ada lebih daripada 229 spesies burung liar yg dtg berhijrah.

Fakta Paya Indah Wetland 

Keluasan : 
450.769 Hektar
Jenis : 
62% kawasan berair 
38% kawasan daratan
Hidupan : 
229 spesies burung
63 spesies mamalia
20 spesies reptilia
10 spesies amfibia
14 spesies ikan
220 spesies tumbuhan akuatik
Kedudukan : 
15 km daripada KLIA
58 km daripada bandaraya KL
15 km daripada Cyberjaya
23 km daripada Putrajaya