Padi House Perisa Asli Tradisional Malaysia

Salam semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu yg dtg blog ni semata2 nak tgk tempat makan menarik terima kasih byk2. So Mah@mahu tak nak kecewakan anda dengan adakan review tempat makan yg hebat2 kat Malaysia ni. Masih byk lagi perlu di terokai dan di nikmati untuk di kongsi bersama dengan pembaca sekalian. Jadi sapa ada tempat makan yg sedap2 dan menarik boleh bagitahu Insyallah Mah@mahu akan dtg buat review.

 



Minggun ni Mah@mahu nak review satu lagi tempat makan yg unik dan sedap di Malaysia. Terletak di bandar teknologi moden Cyberjaya tempat pun sungguh cantik. Bertemakan open air tempat makan sungguh selesa dan terbuka nafsu untuk makan. Tempat boleh cari dalam google maps mudah jer. Padi House adalah tempat yg Mah@mahu maksudkan kat sini memang unik dengan namanya sahaja.








Menu utama kat sana bertemakan masakan tradisional Chines Malaysia yg telah di modenkan dengan menggabungkan masakan Melayu tradisional. Bila tgk menu yg ada kat sana mcm Nasi Goreng Kampung, Sweet & Sour Chicken Rice, Black Paper Chiken Rice dan juga Daging Masak Kari. Campuran menu ini menjadi satu yg unik di restauran Padi House ini. 




Tgk sahaja gambar yg Mah@mahu ambil ni menyelerakan sedap sungguh enak untuk di cuba. Harga pun berpatutan sesuai untuk makan tghari bersama kawn2, family atau rakan sekerja. Mah@mahu pun hari tu kuar makan dengan kawn2 kebetulan ada training kat Cyberjaya. Minuman kat sana pun mcm2 ada boleh pilih minuman buah-buahan atau minuman panas untuk anda.



Lepas ni kalau ada kawn2 yg ada tempat makan menarik boleh rekmen kat Mah@mahu untuk pergi cuba sendiri. Nanti adalah dpt review korang sekali kita makan sama2 ok boleh. Apa2 boleh hubungi melalui Facebook atau email kepada Mah@mahu sekarang ok. Selamat mencuba dan selamat makan...








0 comment... add one now