Mahamahu,

#NNFoodFest Tahniah Pada Nuffnang Acara Makan-makan Yang Hebat

Rabu, Oktober 09, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada pembaca dan rakan-rakan sekalian yang menjadi komentar yg setia buat Mah@mahu. Rajin2 anda comment lagi kat blog Mah@mahu ni tak kisah yg baik atau kurang baik comment jer ok. Hari ni nak cite tentang satu program makan2 yg hebat tak pernah rasa lagi. Tahniah kepada Nuffnang sebagai penganjur satu program makan yg telah mendapat trending no 1 di twitter apa lagi ramai blogger dah tahu #NNFoodFest.


Mah@mahu pun telah melapangkan masa untuk menghadiri acara tersebut yg di adakan pada 5 Oktober 2013, Sabtu lepas bertempat di Pintu Masuk utama Sunway Lagoon. Sebab Mah@mahu tahu acara ini akan menjadi satu acara hebat daripada Nuffnang, maka rasa tak rugi sebenarnya dtg sana memang best and sambutan cukup hebat dan luar biasa sgt. Mah@mahu yg dtg bersama Penaberkala memang dapat merasai kehangatan program tu sampai malam kami stay kat sana.



Mah@mahu sampai sana dalam jam 3.30 ptg mendaftarkan diri sebagai blogger under Nuffnang untuk mendapatkan goodies. Dapat Macaroon dan juga Sunway Pyramid Card 2013 terima kasih atas pemberian. First both yg Mah@mahu singgah pastilah both penaja utama acara ini iaitu Maggi. Rakyat Malaysia tak boleh di pisahkan dengan Maggi daripada zaman persekolahan, uiversiti, zaman bujang sehinggalah ke zaman perkahwinan Maggi adalah menjadi makanan yg membantu rakyat Malaysia berjimat. 

 
 
Meriah sgt both Maggi kerana kat sana mcm2 aktiviti di adakan. Bukan sahaja makanan yg di hidangkan tetapi perisian kepada both itu menjadi daya tarikan kepada Maggi. Pengunjung di berikan hadiah istimewa setelah menyertai pertandingan termasuklah Mah@mahu sendiri nak juga hadiah apa lagi serang both Maggi. Dapat jugalah Maggi Big Kari alah dutanya Aaron Aziz hehehehe.


Lepas tu byk lagi both lain Mah@mahu pergi serang sebab byk makanan kat sana. Tapi event makan kali ini di tampilkan dengan kelainan di mana pelawat yg dtg perlu men'tweet' atau share di Facebook atau Instagram jenama both2 yg ada kat sana. Lepas tu baru lah boleh dpt makanan daripada both tu hehehehe. Tapi tetap dpt sambutan hebat daripada mereka yg hadir siap ada both yg berbaris2 lagi untuk dptkan makanan free.

 



 
Kat sini Mah@mahu senaraikan antara both yg sempat Mah@mahu singgah dptkan makanan free. Memang byk and kenyang hehehehe..

Waroeng Penyet

Absolute Thai

Yakult

Crayon Burger

Nando's

Chatime Malaysia

Planet Popcorn

Cielo Dolci Ice Cream

Astro Lifetime
Tapi part paling best acara pada hari tu adalah acara memasak daripada blogger. Saat tu lah yg paling di tunggu2 oleh Mah@mahu dan rakan2 blogger lain. Mana taknya kawn baik kami antara peserta yg tersenarai dalam acara masakan tu. Mah@mahu tak terpilih huhuhh tak apa sokong Penaberkala dan juga Cik Lily Putih. Mula acara di meriakan oleh Chef Maggi sapa lagi kalau bukan Chef Muluk seorang yg ceria dan pelawak juga org nya. Siap bagi Maggi Big Kari free lagi ok.





Tahniah kepada Cik Lily Putih kerana telah di nobatkan juara masakan Maggi mengikut kegemaran para blogger sendiri. Memang dah sangka Cik Lily Putih boleh menang tahniah lepas ni dapat status Chef Junior Maggi lah hehehehe.. Penaberkala pula dpt tempat ke empat pada mlm tu tahniah juga kepada beliau dengan susah payah masak siap terluka lagi jari hehehe.



Apa pun acara pada hari tu memang cukup hebat dan berjaya sgt bagi Mah@mahu, tahniah kepada Nuffnang sekali lagi kerana berjaya menganjur acara hebat ini. Tapi ada beberapa perkara perlu di tambah baik dan di rumuskan untuk pastikan event akan dtg dpt di laksanakan lebih baik. Tapi Mah@mahu tetap puas hati penting dpt makan byk kat acara tu hehehe apa pun tahniah sekali lagi pada semua...