Aktiviti,

Malam Yang Hangat Di Hot Spring & SPA Lost World Of Tambun - Bahagian 3

Ahad, Oktober 06, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada pembaca blog Mah@mahu yg unik dan sungguh bermakna buat Mah@mahu kerana anda adalah kekuatan kepada Mah@mahu. Dah 2 episod Mah@mahu cite pasal trip ker Lost World Of Tambun yg menyeronokan dan unik. Ni entry ketiga khas tempat paling best dan hot kat Lost World Of Tambun. Tak sangka lah rupanya mlm2 kat sana ada satu tempat untuk anda melegakan dan meregangkan badan iaitu Lost World Hot Spring & SPA.

Terima kasih kepada
Lost World Of Hot Spring & SPA
Satu tempat yg hidup di waktu malam bukan sebuah taman yg biasa tapi ia adalah tempat untuk merehatkan minda dan juga merehatkan tubuh badan setelah penat seharian bekerja.



Kami masuk kat sana tak sangka rupanya ia adalah bagiakan sebuah syurga yg indah dan menarik di Ipoh. Tempat rehat dan santai waktu mlm anda setelah penat bekerja.



Kat sana sebenarnya di sediakan byk sgt kolam air panas dengan suhu air yg berbeza mengikut kehendak untuk merehatkan badan. Bukan sahaja dapat mandi air panas tapi dapat massage khas untuk pelanggan yg ada.




 


Kalau bernasib baik mlm minggu selalunya akan ada persembahan live daripada kakitangan Lost World Of Tambun. Dalam duduk rehat2 badan sambil layan kolam air panas dpt dengar muzik dan tgk persembahan terbaik lah.

Informasi
Waktu Operasi : 6.00 pm - 11.00 pm
8 Jenis Kolam Air Panas
Infinity Pool ~ 40C°
Lost World Steam Cave ~ 40C°
Top of The World Pool ~ 42C°
Foot Spa ~ 40C°
Crystal Pool ~ 40C°
Saphira's Lair ~ 40C°
Saphira's Baby Pool ~ 40C°
The Geyser of Tambun 

Kami malm tu lagi istimewa bukan sahaja di layan bagaikan raja kami di hidangkan makan mlm BBQ yg di sediakan oleh pihak Lost World Of Tambun. Memang sedap dan byk sgt makan, lepas makan mandi, lepas tu makan, lepas tu mandi blk hehehe..





Untuk tetamu yg nak massage mcm kami tu ada pusat massage iaitu Cristal SPA yg menyediakan khidmat massage seluruh badan. Untuk anda rehatkan kepenatan seharian bekerja memang sesuai kat sana.




Byk perkhidmatan mengurut disediakan di Crystal Spa seperti Aromatheraphy Massage, Tradisional Massage "Malay Urut" dan Head & Shoulder Massage. Semua daripada mereka yg pakar dan bepengalaman dalam mengurut.

 



Lost World Bazaar 

Mlm tadi dah lepas habis rendam dalam air panaa badan rasa ringan terus nak tido anda rasa lena jer. Tak sedar rupanya dah pagi hari kedua kami kat sana. Sedih nak tinggalkan dunia yg unik dan indah ini.

Kami sarapan pagi kat sana dan kami juga di bawa ker Lost World Bazaar tempat untuk dapatkan cenderamata. Nak bawa balik ker KL sebagai tanda kenangan di Lost World Of Tambun.




Byk barangan cantik and harga juga istimewa. Kalau nak borong kat sana boleh juga hehehe. Tapi mesti beli sekurang-kurangnya satu cenderamata untuk di bawa pulang.

Habis lah trip Mah@mahu bersama 30 org blogger lain yg bertuah untuk dua hari di Lost World Of Tambun. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada Butterfly Project, KTM Berhad dan pihak Lost World Of Tambun atas layanan istimewa anda sepanjang kami kat sana. Harap dpt join lagi trip bercuti mcm ni hehehe sekali sekala rasa rehat fikiran dari kerja dan juga kesesakan KL. Terima kasih kepada semua rakan blogger yg turut sama bercuti di sana anda semua happening best. Jumpa lagi...



~TAMAT~





0 Pandangan: