Aktiviti,

Bestnya Tinggal di Lost World Hotel Bersama The Butterfly Project - Bahagian 2

Khamis, Oktober 03, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2 blogger Mah@mahu sekalian. Percutian tak lengkap kalau tiada penginapan yg istimewa begitulah kami 30 org blogger yg sertai project perjalanan selama dua hari ker Lost World Of Tambun. Entry ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini tentang perjalanan kami di sana yag ditaja khas oleh mereka.

Terima kasih kepada


Lost World Hotel 

Setelah seharian kami di taman tema Lost World Of Tambun mengenali alam semulajadi secara dekat baru terasa penah untuk berehat. Kami pun check in di Lost World Hotel, terima kasih kerana menaja penginapan kami.







 


Hotel yg dekat dan berhampiran untuk mereka yg mencari tempat penginapan berhampiran Lost World Of Tambun.


  


Mempunyai lebih daripada 170 buah bilik yg sungguh selesa dan besar untuk di diami sepanjang percutian anda. Ada juga bilik keluarga yg boleh memuatkan sehingga 5 org.




Harga cukup berpatutan untuk satu malam selesa dan tenang berhampiran sahaja dengan taman tema Lost World Of Tambun. Serta kawasan parking yang luas untuk and meletak kenderaan ketika menginap di sana.

Informasi
Harga Bilik  
Super Suite          RM1,200.00
Premiere Suite     RM1,000.00
Executive Suite   RM900.00
Deluxe Suite       RM800.00
Classical Room   RM600.00
Exotic Room       RM500.00

Waktu check in : 3.00pm
Waktu check out : 12.00pm
Free Wifi & Sarapan pagi



 


Layan daripada semua staff kat sana cukup mesra dan cukup best. Kelengkapan dalam bilik juga semua ada tak perlu bawa apa2 pun nak menginap di Lost World Hotel




Kalau daripada dalam bilik hotel tu korang boleh tgk pemandangan cantik dan indah Lost World Of Tambun yang berlatar belakangkan banjaran hijau memukau mata memandang.




Tiger Valley

Dah masuk bilik hotel time ptg mcm ni adalah masa untuk Free & Easy kami bersama di Lost World Of Tambun. Masa yg ada digunakan untuk terus pergi jalan2 di Tiger Valley tgk harimau makan dan mandi.

 


 


Informasi
Waktu persembahan Harimau
Hari biasa :
 3.00pm & 4.00pm
Hari cuti / Cuti sekolah / Cuti umum :
 3.00pm & 4.00pm

Menginap kat sana mlm2 boleh pergi Lost World Hot Spring & SPA memang best nak tahu kena tunggu next entry daripada Mah@mahu ok.


Bersambung......







0 Pandangan: