Wanita Melayu Islam Dalam Ratu Cantik Dunia

Bukan nak buat controversi tapi nak berkongsi tentang perkara yg baik. Baik kerana ia bukanlah pertandingna ratu cantik dunia yang kita selalu lihat dalam tv anjuran pihak barat. Tetapi ini adalah Ratu Cantik Muslimah Dunia yg di anjurkan oleh negara2 Islam. Penganjuran Ratu Cantik Muslimah Dunia di Indonesia mendapat perhatian byk pihak penganjuran kali ketiga ini membuka mata bahawa wanita muslimah juga boleh bergaya dan berfesyen dengan hijab.

Bukan kecantikan menjadi pertaruhan dalam pertandignan kali ini tapi pemahaman dan juga pegangan agama menjadi penilaian kepada semua peserta. Nurul Husna Zainal Abidin gadis Melayu daripada Malaysia ini bertuah kerana berjaya menjadi antara top 10 peserta dalam pertandingan itu. Pengalaman beluai cukup berharga dan bermakna untuk di gunakan. Kata beliau pertandingan ini bukan sahaja mencari penampilan hebat tetapi juga mencari pengetahuan dalam agama Islam.


Beliau antara peserta muslimah daripada serta dunia yg di pilih untuk pertandingan Ratu Cantik Muslimah Dunia. Kira-kira 20 wanita dari enam negara termasuk Indonesia, Brunei dan Iran menyertai perandingan itu bagi merebut gelaran juara dengan pengetahuan dan kemahiran mereka tentang Islam diuji. Ia diadakan pada 18 September lalu di Jakarta dengan peserta Nigeria Obabiyi Aishah Ajibola, 21, dinobatkan sebagai juara. 

Semoga perkara yang baik ini dapat di bawa ke negara kita kerana ia akan membuka mata dunia tentang cara berfsyen org Islam tidak melarang para wanita untuk melaram tetapi ada batasnya. Agar ini menjadi platform untuk ramai wanita Islam tampil dalam busana muslimah yg lebih ayu dan sopan. Kita patut buat liputan untuk pertandingan ini kerana ia menerangkan kepada dunia tentang Islam itu sendiri.



*Sumber daripada Yahoo Malaysia