Tips Memilih Durian Berkualiti dan Terbaik

Salam semua pembaca dan juga rakan2 blogger sekalian. Mah@mahu doakan semoga sihat dan bahagia selalu hendaknya. Sekarang bukan sahaja musim open house malah dah masuk musim durian. Hehehe betul, mana tak nya kalau pergi open house pun ada menu durian. Kalau tak bubur durian, kuah durian kalau tak pun inti durian. Memang org Malaysia ni untung sgt sebab negara kita kaya dengan buah-buahan yg sedap2 rugi lah kita.

Baru2 ni Mah@mahu blk kg pun sepanjang perjalanan higway KL - Karak tu memang penuh org jual durian tepi jalan. Nak yg Musang King, X0X0, D24 mcm2 lagi brand durian ada. Cuma ada duit atau tak ada duit jer nak beli. Sebiji durian boleh cecah RM50 caya tak caya lah untung dan kaya tauke durian sekarang kan. Bestnya bila dpt beli durian terbaik dan sedap. So Mah@mahu pun adalah baca sikit dan pengalaman sikit untuk memilih durian terbaik kalau nak beli. Nak share ngan kawn2 kat sini cara nak pilih durian untuk kita beli yg berkualiti.


Tips memilih durian berkualiti dan sedap puas untuk makan.

1) Bau durian yg sedap - Pastikan nak beli durian kena bau durian tu sedap dan segar. Kalau 1 batu dah bau durian memang confirm durian tu masak dan sedap.

2) Tengok bentuk durian - Pastikan bentuk durian lebih kurang bulat dan juga cantik. Kalau durian yg lebih lonong isinya sedikit kemek dan tak berapa nak berisi.

3) Lihat tangkai durian - Kata org kalau nak beli durian tgk tangkai durian tu pastikan ia pendek dan tebal kerana ia melambangkan isi dalam durian. Kalau tangkai tu ada kesan potong jgn beli kerana durian selalunya masak dan jatuh ke bumi secara semulajadi.

4) Ni penting kena beli durian yg tidak pecah - Ini kerana durian yg terlah pecah atau terbuka kulitnya adalah durian yg telah lama masaknya dan boleh di buat tempoyak. Kalau tak terbuka itu masih baru jatuh dan masih sedap.

5) Pastikan kita lihat isi dalam durian - Mcm mana nak lihat kena minta tuan durian tu kopek sikit kulitnya untuk kita lihat isinya masak atau tidak. Ini kerana kadang2 tekaan tauke durian pun tak betul so paling bagu tgk sendiri isi durian tu kalau puas hati baru beli.

6) Goncang buah durian - Goncang buah durian adalah untuk memastikan bahawa ada bunyi yg di hasilkan dalam isi durian. Bunyi begerak menunjukkan bahawa buah telah cukup masak dan matang.

So kat sini ada 6 tips yg boleh di ikuti untuk pastikan bahawa durian yg di beli berkualiti dan terbaik. Maklumlah harga durian mahal so kena dpt yg sdap baru puas hati. Kalau nak murah ada durian kg memang murah dan rasa like like jer.. Tapi apa pun durian tetap menjadi raja segala buah bukan kerana durinya tapi kerana rasa dan juga kepayahan untuk mendapatkannya. Hehehehe rugilah pada saya yg tak makan durian kerana ia adalah satu daripada nikmat makan. Heheheh selamat berblog semua....