Mahamahu,

Perkara Yang Diperlukan Untuk Post Lebih Meletop

Ahad, September 22, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam bahagia kepada pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yang sentiasa mentelaah blog Mah@mahu yg tidak seberapa ini. Tips2 kat sini adalah kebanyakannya daripada pengalaman dan juga research yang Mah@mahu buat sendiri. Ada dapat dari hasil bacaan dalam buku ilmiah so mana sesuai Mah@mahu kongsikan pada semua pembaca. Hari ni nak share bagaimana yg sebenarnya di gunakan oleh blogger otai untuk dapatkan entry Meletop...

Ada beberapa perkara yg perlu di titik beratkan oleh blogger bila nak buat sesuatu entry ni. Tapi kali ni Mah@mahu nak tekankan kepada penggunaan hardware atau pekakasan sesuai ketika nak menulis entry.

1) Memerlukan sambungan internet yang stabil. Satu kepentingan kepada para blogger untuka da sambungan internet yang laju dan stabil. Tak kisahlah daripada broadband atau talian rumah penting untuk blogger agar dpt update entry. Lagi best sebenarnya dapat buat entry kat luar atau di kawasan lebih relax mcm kat Starbuck atau mana2 kopitiam yg ada wifi.


2) Perlu kepada laptop atau desktop yg lebih berkuasa. Maksud Mah@mahu berkuasa itu mempunyai prosessor dan RAM berkapasiti tinggi agar dpt buat entry tanpa masalah. Lagi bagus kalau ia mampu untuk menampung penggunaan Photoshop atau perisian lain untuk editing post anda nanti. Bila dah laju dan cepat maka mudah dan senang nak buat entry tanpa halangan hehehe idea pun mencurah-curah.

3) Mempunyai kamera paling cantik untuk mengambil gambar. Kamera ini memainkan peranan paling besar baru Mah@mah tahu. Ye lah satu2 entry yg menarik mempunyai byk gambar kerana seriap gambar ada kisah yg boleh menjelaskan lagi posting sesorang itu. Kalau gambar tak cantik maka tak menarik untuk org nak tgk. So kamera ini bagi Mah@mahu penting tak perlu pada yg beMegapixal tinggi untuk ambil gambar cukup sekadar ia terang dan cantik.


4) Perlu suasana yg tenteram atau aman. Bagi Mah@mahu nak update ini sebenarnya perlu kepada idea yang mencurah-curah. Mcm mana nak dpt idea mencurah-curah ni kena cari tempat yg selesa dan menarik agar kita rasa tenang dan idea penulisan lebih mudah untuk org faham bila menulis nanti.

Ni cara Mah@mahu lah nak update blog dan mendapat entry lebih menarik dan berkualiti. Baru puas hati dan rasa seronok bila org nak baca nanti. Kalau ok boleh lah follow kalau mana tak kena tu maaf lah yer hehehe. Selamat berblog pada semua rakan2 sekalian.