Mahamahu,

Tips Keselataman Sebelum Melayari Laman Web Banking Online

Selasa, Ogos 27, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2 Mah@mahu moga terus gembira dengan kerja anda dan juga kehidupan anda. Masih mood raya dan open house Mah@mahu pun ada dpt byk jemputan so tgh fikir mana satu nak pergi ni. Bukan apa kalau org dah jemput kita kena penuhi kalau tak ada halanganlah kan, nak mengeratkan silatulrahim kadang kita boleh kenal ramai lagi kawn kat open housekan.

So lupa kejap pasal open house nanti Mah@mahu update lagi pasal open house yg telah dibuat minggu lepas. Kali ni nak share dengan pembaca beberapa tips yg Mah@mahu pelajari dalam kursu keselamatan penggunaan Internet di Malaysia. Baru lagi pergi kursus ni kat MMU so byk perkara yg boleh di kongsi dengan kawn2. Nampak simple dan mudah tapi bagi org biasa yg bukan background IT mesti tak tahu rupanya mudah untuk kita elak daripada di tipu di internet.

Bukan lah tips2 besar pun cuma sekadanr kongsi pengalaman dan pengetahuan. Pada pengguna aktif internet ni kena tahu supa tidak di tipu. Paling byk sekali penipuan dalam banking online. Banking online ni sgt2 bagus dan memudahkan kerja kita tapi kita kena pasti bahawa banking online kita ni selamat atau tidak. So ada beberapa langkah yg boleh di ambil oleh anda sebelum melayari laman web banking online ini.

Tips sebelum melayari banking online. 

1) Pastikan kita menaip secara penuh URL banking online untuk mengelakkan kita daripada di divert kepada laman web yg lain. Sekarang laman banking online menggunakan protocol HTTPS sebagai permulaan jadi taip https semasa anda memasukan url bankin online seperti contoh di bawah :-

2) Pastikan juga kita selalu melakukan "clear cached" sekurang sebulan sekali dalam pelayar internet yang anda guna. Ini untuk mengelakkan daripada sebarang password atau katalaluan yg di simpan dapat di acces pengguna lain yg menggunakan laptop atau pc anda. Cara nak clear cached berbeze setiap pelayar internet jadi Mah@mahu tunjuk yg ada dalam Firefox sahaja.

 


3) Bagi mengelakkan daripada kita di tipu dengan email2 spam daripada mereka yg tidak bertanggungjawab pengguna digalakkan untuk install atau addon satu applikasi percuma dalam pelayar Firefox. Search di Google "DontPhishme" satu applikasi yg di bangunkan oleh anak tempatan khas untuk mengelak daripada pengguna online banking daripada di tipu. Ia adalah applikasi untuk website bank tempatan sahaja dimana fungsi addon ini adalah untuk mengenal pasti laman web tipu yg di bangunkan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab. Mudah sahaja nak download search di google dan download boleh terus di gunakan.


 

Ni cuma tips mudah dan senang untuk pengguna biasa nak ikut agar tidak mudah di tipu dalam melayari online banking. Kita tak sedar sebenarnya hari2 kita di acu dengan berbagai laman web tipu atau Phishing yg di hantar dalam berbagai cara. Cuma mereka yg kurang pengetahuan ini mudah di tipu tetapi bagi kita yg tahu boleh bantu mereka yg tidak tahu. So guna internet secara sihat dan selamat. Selamat berblog....