Aktiviti,

Tabiat Makanan Kucing Yang Pelik

Ahad, Ogos 11, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua kepada pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu. Kalau kita time2 raya ni lah mcm2 nak makan kan. Selagi ada makanan kat depan mata semua nak cuba kadang2 tu sampai dah penuh and sakit perut baru nak berhenti. Sebenarny kita tak tahu kita makan tu akan jadi apa dalam perut kita kan sebab dah bercampur makanan manis and berkabonat lagi bahaya. Sebab tu adanya bulan puasa untuk kita kawal makanan kita tapi puasa atau tak sama jer hehehehe..

Tapi tahu tak kucing sebanar nya ada makanan khas untuk perubatan tradisional mereka. Kalau sapa2 yg memang memelihara kucing akan tahu tentan makana tradisional ni. Mah@mahu pun first time tgk kucing makan makanan ini. Sebab kalau tgk mcm tak logik and bukan fitrah seekor kucing yang sebenarnya bersifat Omnivor. Tapi tak pernah lak tgk kucing makan pokok, rupanya ada. Buat pertama kali Mah@mahu tgk depan mata kucing makan sejenis pokok yang di panggil Pokok Kucing Galak. Kawan2 tgk sendiri video yg Mah@mahu sempat ambil masa blk ke kg halaman dan tgk sendiri kucing tu makan pokok tersebut.

Pokok Kucing Galak

Video satu kucing pertama yg datang kat batang pokok yg di cabut oleh adik Mah@mahu. Sebab dia kata memang kucing makan pokok ini untuk buat ubat dalaman mereka.



Video kedua ini adalah kucing yg lain juga datang tiba2 kat pokok yang di cabut oleh adik Mah@mahu. Memang terkejut bila tgk kucing tu makan akar pokok ni.


Menurut kata kajian menyatakan bahawa kucing akan makan pokok jenis ini untuk merawat sakit dalaman dan juga untuk mengeluarkan bulu yg ada dalam badan mereka dengan cara memuntahkan semula bahan makanan tadi. Dalam pokok ini ada antibiotik dan antiradang juga boleh menjadi pelawas kepada kucing yang memakannya. Sebab itu kucing akan makan pokok ini untuk menjaga kesihatan dalaman secara semulajadi sepert manusia.. So terjawab lah jawapan Mah@mahu bahawa kucing memang makan tumbuhan.. Wow ciptaan Yang Maha Esa kuasanya tiada terbatas...