Hari Raya,

Nostalgia Aidilfitri Bersama Concorde Hotel Kuala Lumpur

Isnin, Ogos 26, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga kepada rakan2 sekalian moga sihat dalam bulan Syawal yg masih kita rasai ini. Masih ramai gak kawn2 buat open house kan tak putus2. Mah@mahu pun ada buat open house weekend lepas tapi tu nest entry ok. Kali ni nak cite pasal beraya gak tapi raya kat mana raya kat Concorde Hotel Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Concorde Hotel kerana sudi menjemput Mah@mahu untuk memeriahkan majlis sambutan hari raya mereka.

 

Dpt email daripada mereka tentang jemputan ini katanya sambutan ini di lakukan setiap tahun dengan tema yg berbeza. Tahun ni kena pula tema Nostalgia Aidilfitri dengan konsep decoration ballroom hotel adalah 60an & 70an. Terasa sagt pada zaman kegemilangan P.Ramle dengan dekoration dan lagu2 yg di mainkan pada hari tu memang kena sgt. Sambutan ini adalah khas kata mereka kepada semua pelanggan tetap dan juga meraikan pelanggan yg sentiasa memberi sokongan kepada hotel ini.


 


Menjamukan makanan tradisional tempatan yg berbagai pilihan dengan konsep gerai2 yg selalu di amalkan oleh hotel ini membawa kelainan bagi sambutan kali ini. Menu utama pastinya kambing golek yg menjadi signature di hotel ini menjadi rebutan para tetamu. Selain itu juga ada menu seperti Asam Laksa, Sate, ABC & Cendol, Kari Daging dan mcm2 lagi menu best. Sempat gak lah jelajah satu ballroom tu untuk tgk semua makana, Mah@mahu pun apa lgi bedallah semua hehehe...








Sambil makan pasa tetamu di hiburkan dengan dendangan lagu2 60an & 70an daripada band jemputan. Sekali sekala di selangi lagu moden yg telah di perbaharui menjadikan suasana kadang2 agak riuh rendah dengan tetamu yg makin ramai. Meman best lah makan kat sana kalau nak pilih hotel untuk makan dan juga hotel untuk menginap Mah@mahu cadangkan hotel Concorde "The cosy place".






Terima kasih sekali lagi kepada pengurusan Concorde Hotel Kuala Lumpur kerana sudi menjemput Mah@mahu meraikan bulan raya ini dengan meriah di sana. Kalau ada event lain2 boleh lah jemput lagi Insyallah Mah@mahu dengan besar hati akan dtg. Kawn2 lain yg ada buat open house boleh gak jemput Mah@mahu mesti dtg punya hehehe dan mesti meriah nya huhuhuh.. Selamat menikmati juadah majlis rumah terbuka semua...