Aduan,

Mungkin Pistol Juga Akan Dijual Di Bazar Ramadhan Seperti Mercun

Selasa, Ogos 06, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan juga pengikut blog Mah@mahu terima kasih kerana hari2 dpat comment cari anda kalau tak sempat jawab maaf lah mungkin sibuk utk rayakan. Dalam sibuk membuat persiapan raya ni kita di Malaysia bukan sahaja di kejutkan dengan bunyi mercun di sekeliling rumah tetapi lebih dasyat apabila kes2 bunuh melibatkan senjata api setiap hari pasti berlaku di negara kita. Selama Mah@mahu hidup ni jarang sgt dgr kes bunuh melibatkan senjata api yg senang seperti sekarang.

Mana tak senang dengan berbekalkan sebuah pistol dan peluru berkenderaan motor sahaja jenayah membunuh sasaran di lakukan tidak lebih daripada beberama minit. Mangsa mereka yg mempunyai dendam atau niat untuk membunuh kerana tidak puas hati. Begitu mudah sangat pembunuhan bersenjata di Malaysia berlaku sebelum ni selalu dgr pembunuhan melibatkan sejata berlaku di negara luar so dalam hati tak risau, tapi bila berleluasa belakau di negara sendiri hati ini makin jadi risau.


Selepas satu kepada satu kes pembunuhan berprofile tinggi juga melibatkan senjata api. Seolah-olah ia bagaikan mainan bunga api yg di jual di Bazar Ramadhan mudah untuk di dapati. Tetapi mereka yg melakukan ini cukup profesional kerana tiada sebarang bukti dan saspek yg berjaya ditangkap pihak berkuasa. Malah mangsa sasaran mereka bukan sahaja tertumpu kepada mereka yg berkedudukan tinggi malah cikgu juga menjadi mangsa bunuh dengan senjata api.

Tak tahu kat mana silapnya, Mah@mahu tidak menunding jadi kepada mana2 pihak. Cuma kebimbangan dalam diri ini makin tidak dpt di bendung kerana hari demi hari kes asyik kelaur di akhbar dan juga menjadi tajuk utama berita membuatkan rasa tidak selamat. Walaupun menerut kata pihak berkuasa ia adalah kes terpencil da tidak besar tapi kalau hari2 ada sahaja mangsa mati kerana pistol ia sudah makin merbahaya. Jgn sampai kena pada ahli keluarga dan sedara mara sendiri baru nak mula segalanya dah telambat, minta jauhlah daripada bahaya tu. 

Tambah2 nak dekat raya ni risaulak kalau kuar2 rumah jer terus jadi mangsa tak kira tua muda org kaya atau org miskin. Kalau dah di bayar sapa2 saja sanggup di buru demi mendapat pampasan bayaran yg lumayan. Harap pihak berkuasa tidak ambil remeh isu ini kerana nyawa bukan ada gantinya. Mungkin penguatkuasa undang2 kena lebih tegas dan lebih terperinci agar mereka rasa gentar utk tidak melakukan perbuatan jenayah ini. Jgn gunakan kebebasan yg di berikan oleh Malaysia untuk membuat sesuka hati demi mendapat kepuasan diri sendiri. Moga kita terlindung dari mala pertaka ini dan di jauhi daripad bahaya ini Insyallah....Selamat berpuasa....