Islam,

Malam-malam Doa Mudah Dimakbulkan

Jumaat, Ogos 16, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu, hari ni dah ramai yg telah memulakan sesi pekerjaan selepas cuti lama berhari raya. Mah@mahu masih lagi bercuti waktu ni masih mood raya kat kg. Kawn pun mesti ramai masih dalam mood beraya dan masih teringat lagi saat manis berhari raya dengan insan tersayang. Tambah2 yg baru bekenalan dan baru mengikat silatulrahim hehehehe.. Apa pun mood and raya sebulan masih byk masa nak menziarah rakan2 dan kenalan yg berada di perantauan pula. Ini masa digunakan untuk bertemu dan memohon maaf.

Bagi Mah@mahu waktu bulan Syawal boleh di gunakan untuk menolak segala sengketa antara sedara atau ahli keluarga kerana masa ini semua org akan bertemu dan bermaafan. Pada yg bayk dosa pada yg telah pergi atau dosa pada Allah hanya doa mampu kita berikan. Hulur tangan dan pohon lah dia kepada mereka agar kita terlepas dari segala dosa2 lama. Bila sebut berdoa ramai org tertanya2 bila waktu berdoa paling mustajab. Jumaat lepas hari raya kedua ada khutbah Jumaat menyebut tentang waktu2 yg paling mustajab untuk berdoa.


5 Malam paling mustajib untuk umat Islam bangun dan berdoa kepada Allah S.W.T. Pohon lah apa sahaja doa kerana setiap doa ada pahala dan doa yg baik2 sahaja kerana doa tidak baik akan kembali kepada kita. Kat sini Mah@mahu senaraikan 5 malam yg Mah@mahu dgr dalam kuthbah Jumaat lepas untuk panduan bersama.

1) Malam Hari Raya Aidilfitri
2) Malam Hari Raya Aidiladha
3) Setiap Malam Jumaat
4) Malam Nisfu Syaaban
5) Malam Maal Hijrah

Malam2 ini di sebut sebagai malam paling di berkati untuk kita berdoa memohon segala pada Allah. Tapi bagi Mah@mahu setiap masa kita hendaklah berdoa dan juga mengingati Allah S.W.T. Kita tak boleh lupa dan jgn meminta selain daripada Allah S.W.T. Jadi berdoa anda setiap masa dan meminta hanya padaNya yg satu. Mah@mahu senaraikan ini hanya mlm yg di nyatakan oleh Khatib yang membaca khutbah Jumaat lepas jer.. Ok lah selamat berhari raya....