Aktiviti,

Meriah Berbuka Dan Sambutan Hari Jadi Makcik Konah

Rabu, Julai 31, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2 blog Mah@mahu moga sentiasa gembira dan happy melaksanakan tanggungjawab berpuasa di bukan Ramadhan yang di berkati ini. Buat ibadah dengan ceria dan ikhlas lebih mudah dan lebih senang di terima segala amalan. So bukan puasa ni byklah bersedekah kalau tak byk sikit pun jadi lah tak bagi wang ringgit sedekah tenaga dan juga khidmat kita agar ada amalan bukan Ramadhan yang di janjikan pahala berkali ganda.


Sebenar knp Mah@mahu ckp mcm tu sebab Mah@mahu nak ucapan terima kasih kepada rakan blogger Mah@mahu yg baru menyambut hari jadi dalam bulan Ramadhan. Yg best nya dia org siap celebrate kat sebuah restauran and ajak kita org rakan blogger ini joint. Memang best lah terima kasih kepada rakan blogger Makcik Konah dan juga sahabat dia Ary. Dah lah makan sedap and dpt kek yag ckup cantik and unik sekali kalau cite harga kek tu pasti ramai yang tek percaya.

 

Majlis yg berlangsung di restauran Sri Melaka bertempat di Amcorp Mall Petaling Jaya memang meriah. Walaupun tak seramai mana kawn di jemput tetap best dan makan cukup puas. Maklumlah blogger makan mesti nak cite pasal tempat makanan tu lah untuk share ngan kawn2. Restauran Sri Melaka bertemakan masakan Baba Nyonya campur Melayu memang unik and best. Waktu nak menunggu berbuka tu kami di hidangkan dengan dua jenis pembuka selera iaitu 2 jenis Popiah yg sedap. Memang sedap and membuka selera.





Kat situ ada hidangan set dan juga hidangan goreng khas untuk makan seorang, tapi kami ni dah dtg beramai so ambil masakan hidangan kampung. Ada ikan masak masam manis, ada kangkung masak belacan and juga tomyam seafood memang terbaik kat sana. Kalau tgk set dia pun besar dan kuantiti yg banyk cukup untuk makan sekeluarga. Ada juga masak tauhu telur ala2 masakan cina tapi memang terbaik.






Kalau nak pergi berbuka kat sana pun best keran tempat besar and suasan tenang jer. Korang boleh buat tempahan awal untuk elak daripada tempat penuh dan memang cukup berbaloi berbuka bersama keluarga di Sri Melaka Amcorp Mall Petaling Jaya. Tinggal beberapa hari lagi puasa ni mood nak makan kat bazar Ramadhan pun dah kurang nak masak lagi lah kurang semua mood nak shoping. Lepas pergi membeli-belah boleh terus makan kat Restauran Sri Melaka huhuhu relax jer. Selamat menjamu selera....