Mahamahu,

Header Baru Sempena Raya di Mahamahu.com

Selasa, Julai 30, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog Mah@mahu, pejam celik pejam celik dah kurang daripada 10 hari jer lagi bulan Ramadhan bakal kita tinggalkan. Sedih ada rasa dalam hati ini kerana kita bakal meninggalkan bulan yang penuh keberkatan dan juga bulan yg di gandakan segala kebajikan kita. Tak tahulah adakah kita bakal menempuh Ramadhan tahun depan lagi atau sebaliknya. Apa pun hujung 10 yang terakhir ni kita kena lebih tingkat kan lagi amalan.

Tapi bila dah nak akhir2 Ramadhan ni suasana dan rasa perayaan lebih membuak-buak dalam diri ini. Persiapan raya makin meluak-luak untuk pergi shopping kat Jalan TAR atau Masjid India. Tak kurang juga kat tempat2 lain semua sibuk buat promosi perayaan dengan potongan yang hebat2. Tapi Mah@mahu pun terasa tempias untuk Syawal yg bakal menjelma. Bukan persiapan diri ini tapi lebih kepada keluarga.

Header khas Facebook Mahamahu Raya

Header khas Bila Blog Berbicara Mahamahu Raya

Tiap2 tahun Insyallah kalau ada rezeki lebih boleh lah beli untuk family. Walau pun belum berumah tangga Mah@mahu masih membeli belah untuk persiapan keluarga di kampung. Hehehe kita dan makin berusia ni kurang lah untuk beli bagi diri sendiri kan wakakakak dah macm org tua lak hehehe.. Mah@mahu pun dah ada mood raya dengan tukar header baru kat FB dan blog. Kalau pengikut FB Mahamahu pasti dpt tgk header baru yg mula di gunakan hari ini sehingga perayaan nanti.

Rajin2 lah comment pendapat anda terhadap header baru ini kat FB and blog Mah@mahu. Tak tahu lah buat ikut suka hati jer cuma nak rasa suasana raya. Hehehe kawan2 lain rajin2 lah bagi pendapat anda bukan pandai sgt buat. Tu antara persiapan Mah@mahu selain buat persiapan rumah persiapan blog and Fb pun kena buat baru terasa nak raya hehehehe... Apa pun selamat berpuasa dan selamat hari raya yg bakal tiba pada semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu...