Aktiviti,

Resturan Nasi Ayam Halal di Tengah Low Yat Plaza

Khamis, Jun 20, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua moga sihat sejahtera hendaknya. Satu lagi tempat Nasi Ayam yg special Mah@mahu terjumpa di tgh2 sebuah pusat teknologi di Kuala Lumpur. Low Yat Plaza kalau kita pergi sana untuk apa. Nak beli bahan2 teknologi terkini dan paling murah untuk kita guna. Mcm2 ada kat sana kan kalau sebut pun semua org tahu. Tapi ramai kot tak tahu sana ada sebuah restauran Nasi Ayam menu cina yg Halal untuk kita.




Noor Chicken Rice kalau dgr mcm restauran Melayu tapi ia adalah milik seorang cina mualaf yg telah membuka sebuah restauran tradisional masakan turun temurun keluarga mereka kot. Tapi uniknya nasi ayam kat situ rupa nasi dah lain dan rasa sedap dan membuka selera. Menu utama mestilah Nasi Ayam dan ada berbagai nasi ayam kat sana boleh kita pilih. 




Lagi special ada lauk pauk goreng ala2 kampung dan chines style di sediakan atas tempahan anda. Memang byk sgt hidangan kalau nak yg western pun ada juga sesuai untuk citarasa Malaysia yg pelbagai. Di sulami dengan minuman jus yg enak dan segar menambah selera selepas penat sehari berjalan mencari barang kat Lowyat Plaza. Kedudukan restoran di tingkat paling bawah dan ada tertulis Noor Chiken Rice di tanggung Halal.


 


So lepas ni kalau Mah@mahu pergi ker Low Yat Plaza mesti akan singgah makan nasi ayam kat sana sebab byk variasi yg boleh di pilih. Harga juga tak mahal dan berpadanan dengan makanan di tengah2 kawasan Bukit Bintang tu. Maklumlah kadanga2 kita nak makan yg tak berat tapi kenyang untuk meneruskan perjalanan beli belah kita tak anak habis masa lamakan. So singgah kat restoran berhampiran lagi jimat masa dan wang anda. Selamat Mencuba dan menjamu selera semua rakan2 ok.