Fakta,

Johor Premium Outlet Ala-ala Pavilion

Selasa, Jun 11, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu sekalian. Semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa gembira ketika membaca blog Mah@mahu ni hehehe. Kali ni nak buat satu entry khas tempat yg Mah@mahu sempat singgah semasa berada di Selatan Tanah Air iaitu Johor. Ramai dah tahu tempat menarik ini kerana Johor memang terkenal dengan tempat palancongan yg hebat. Salah satunya ada JPO atau Johor Premium Outlet yg terletak di Senai.


Kalau lalu menggunakan PLUS menghala dari KL ker Johor pasti akan nampak JPO daripada sisi lebuh raya tersebut. Tersergam indah dengan reka bentuk cantik serta penuh dengan identiti sendiri bagi jenama antarabangsa yg di bawa ke Malaysia. Kalau dari PLUS keluar ikut exit Senai U dan terus ikut papan tanda menghala ke JPO. Kawasan baru yg luas di sediakan untuk membangun satu kawasan perindustrian mewah di negeri Johor.



Bila sampai masih byk lagi tempat yg dalam pembinaan kat sana so kena hati2 and ikut arahan agar tak keliru. Kawasan yg baru buka adalah Outlet Pakaian jenama daripada luar negara semua ada. Memang bila pergi sana rasa mcm org kaya2 tapi tu lah yg cuba di tonjolkan oleh JPO utk mengumpulkan jenama pakaian terkenal luar negara dalam satu bumbung. 



Sebut jer byk jenama ada yg di kenali mahupun yg tidak di kenali. Tapi bagi yg dah biasa shopping luar negara mesti tidak pelek dengan JPO ni kerana kat sana lagi byk. Menurut ramai pengunjung kat sini harga yg di tawarkan agak murah dengan diskaun yg sesuai. Cuma kalau ada duit lebih boleh lah beli kat sana kan. Ada juga kata barang yg di bawa kat JPO adalah koleksi yg lama atau yg telah lepas dan tidak laku di luar negara dan di jual semula kat JPO. Apa pun pandangan org sapa yg biasa beli jenama mahal ni tahulah mcm mana.



Mah@mahu ni tak adalah mengutamakan jenama tapi sekadar berpatutan dan cantik serta sesuai dengan image maka beli lah. Harga pun pelu di perhatikan supa berpatutan dengan barang yg di beli tak adalah kita rugi nanti. Tapi Mah@mahu tahu ramai rakyat Malaysia bijak membeli sekarang. Nak murah kena pergi tempat yg berpadanan mcm Jalan TAR ker hehehehe mcm2 ada bila musim perayaan tiba.


Apa pun Mah@mahu pergi sana cuma melihat keadaan dan juga tempat yg ramai org kata murah dan boleh dpt jenama luar negara. Bagi Mah@mahu mcm kat pasaraya lain juga ia ada dengan harga yg lebih kurang sama mcm kat Pavilion Kuala Lumpur. So mana korang rasa selesa dan senang nak pergi lebih better untuk mencari yg terbaik. Selamat membeli belah untuk hari raya semua...