Kerohanian,

Haram Buang Kad Kahwin Sesuka Hati

Jumaat, Jun 14, 2013 Mahamahu 0 Comments

Selamat hari jumaat kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Penghulu segala hari mulakan dengan perkara2 yg baik dan juga penuh keberkatan semoga mendapat pahala daripad-Nya. Mesti ramai terkejut bila baca tajuk entry kali ini. Mesti ada tanya knp dan apa yg menyebabkan bahawa kad kahwin haram untuk di buang. Hari ni Mah@mahu akan kongsi bersama rakan2 atas apa pengetahuan yg Mah@mahu baru dpt dan ketahui daripada AJK agama kat tempat Mah@mahu kerja.

Kad kahwin haram di buang sesuka hati bukan kerana design yang mahal dan juga nama yg ada dalam kad itu. Tapi sebenarnya ia haram untuk di buang sesuka hati sekiranya dalam kad kahwin itu ada kalimah ayat-ayat suci Al-Quran atau Hadis-hadis Nabi. Sekarang ni jadi trend lak letak ayat2 Al-Quran seperti Bismillah atau Assalammualaikum dalam bentuk tulisan jawi. Ada sesetengah tu pula siap tulis sepotong ayat-ayat Al-Quran dalam kad kahwin. Bukan salah atau berdosa tulis ayat2 Al Quran dalam kad kahwin tapi bila kad tidak di gunakan kita kena tahu cara pelupusan kad kahwin tersebut.


Bila baca ni mesti ramai kata hai perkara mcm tu pun nak kira ker? Kita menjaga kesucian agama Islam dan juga semua perkara yg berkaitan dengan agam Islam. Sebagai umat Islam wajib melindungi kesucian Al-Quran kerana ia di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk panduan kita sebagai umat. Kalau Al-Quran kita tidak hormat maka bagaimana lak dengan perkara2 lain lagi kita ambil remeh bukan. 

Sebenarnya melupuskan kad kahwin yg mengandungi ayat suci Al Quran ataupun Hadis-hadis Nabi walaupun sedikit adalah sama seperti melupuskan Al Quran yang lusuh. Mesti mengikut tertib dan juga cara-cara yg telah di tetapkan oleh Syaraq. So jgn lah ambil mudah untuk suka2 letak ayat Al Quran atau Hadis-hadis Nabi dalam kad kahwin kita kerana nak ikut trend semata2. Sekurang2nya kita tahu apa kita buat dan kita tahu dosa pahala bila kita bagi kat org.

So kalau nak ikutkan bukan setakat kad kahwin sahaja yg perlu ikut tertib untuk di hapuskan, malah byk lagi perkara yg berkaitan dengan ayat suci Al Quran mesti di hapuskan dengan tertib. Contoh hiasan rumah yg kita gantung mengandungi ayat-ayat suci Al Quran pun kena hapus dengan cara yg di tetapkan oleh Islam. Hiasan kaca atau apa2 sahaja hiasan yg tertera ayat suci Al Quran mesti di hapuskan dengan cara yg betul. So lepas ni jgn lah kita main buang jer atau bakar jer apa2 yg ada tulisan ayat Al Quran sebaik-baiknya ikut cara yg di tetapkan syaraq atau kalau tak tahu boleh tanya ustaz atau alim ulamak bagaimana cara nak hapuskannya. Kalau susah boleh hantar ke JAKIM untuk tindakan yg sebaiknya. Sama2 pelihara kesucian Islam kerana wajib bagi kita sebagai umat-Nya utk menjaga agama Islam kita.