Fakta,

10 Sebab Kenapa Lelaki Suka Hidup Membujang

Sabtu, Jun 08, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut setia yg tak putus2 memberi pendapat dan komen membina untuk blog ini. Hari ni Mah@mahu nak share satu artikel yg sempat di baca dalam sebuah akhbar tempatan tentang isu yg agak berat dan ada kaitan dengan Mah@mahu juga hehehehe. Kes lelaki kahwin lambat kenapa dan mengapa ia semakin meningkat dan seakan menjadi isu dalam masyarakat sekarang.


Realitinya, anak muda hari ini terutamanya lelaki tidak melihat berkahwin sebagai satu tuntutan kerana terlalu banyak perkara lain harus difikirkan terlebih dulu. Tapi dilema ini bagai sudah sinonim dengan mereka, menerima desakan keluarga untuk berkahwin. Namun terdapat beberapa faktor hasil daripada tinjauan dan juga kaji selidik yg di lakukan terhadap golongan lelakui kahwin lewat. Di bawah di senaraikan antara faktor2 yg mempengaruhi pilihan lelaki untuk kahwin lewat.

10 sebab mengapa lelaki membujang

1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda.

4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga.

5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.

6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.

7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.

9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.

Tapi apa pun perkara kahwin adalh tuntutan dalam agama yg menyarankan setiap umatnya untuk mendirikan rumahtangga dengan menjalinkan hubungan yg halal. Ini sekaligus menambah zuriat dan pewaris kepada negara bangsa dan agama kita sendiri. Bukan dengan menjalin hubungan yg tidak sihat serta telarang keran tidak mahu ikatan itu adalah haram di sisi agama dan negara.