Langkawi Antara Pantai Tercantik Di Dunia - Episod 2

Salam sejahtera semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Minggu yg agak sibuk dengan hal2 kerja maka terbiarlah blog ni tanpa update. Tapi byk lagi sebenarnya nak post untuk kongsi ngan pembaca semua terutama percutian Mah@mahu di Langkawi lepas tak habis lagi ada sikit lagi ni nak cite. Biasalah kalau pergi Langkawi tak pergi pantainya yg indah dan cantik tak sah. Sebab Langkawi tersenarai antara pantai2 yg tercantik di dunia.


So kebetulan Mah@mahu dpt hotel di kawasan pantai yg juga cukup popular. Pantai Chenang antara kawasan menjadi tempat penginapan ramai pelancong luar dan dalam negara kerana pantainya yg cantik dan strategik. Mah@mahu pun tinggal kat pantai tu tak lepas peluang untuk pergi mandi kat sana. Memang benar kata org tak kenal maka tak cinta bila dah kenal maka terus jatuh cinta pada pantai Chenang. Bukan sahaja untuk mandi manda tapi kat situ pun ada aktiviti jetsky, banana bot dan byk lagi. Puas dpt mandi sana.


Bila kata pergi Pulau Langkawi mesti org akan tanya pergi tak Pulau Dayang Bunting? Tu lah tak lengkang Langkawi dengan pulau penuh misteri tu. Ramai org dah tahu sejarah pulau tersebut maka tak perlu cite. Tapi nak cite pasal kecantikan pulau yg mengandungi air payau bukan air masin atau air tawar. Memang cukup tenang dan cukup menghijau kawasan tu rasa tenang jer bila nak mandi manda kat situ. Alang2 dah pergi Pulau Dayang Bunting mesti pergi Pulau Lang dan juga Pantai Beras Basah. Tu kawasan wajib pergi nak tgk helang, ye lah helang dengan Langkawi tidak dpt di pisahkan. 


Sebenarnya Langkawi ni kaya dengan air terjun ingat ia di kelilingi air laut je tak ada air terjun yg sejuk dan nyaman. Rupanya sanalah tempat paling byk air terjun yg tinggi ada yg rendah pun ada. Tapi paling popular air terjun Telaga Tujuh tempat paling sejuk dan memukau bila sampai. Lepas penat memanjat tangga yg tinggi untuk ke atasa rasa hilang kepenatan tu bila lihat air terjun yg indah. Lagi lega bila dapat mandi dan menyejukkan badan dengan air terjun yg nyaman ini. Rugi tak pergi.


Apa pun pengalaman berada di pulau Langkawi pasti tidak akan dapat di lupakan buat Mah@mahu. Ia menjadi satu lagi destinasi pelancongan dalam negara yg akan Mah@mahu kunjungi lagi pada suatu hari nanti. Lepas ni ada byk lagi tempa pelancongan yg Mah@mahu akan kongsi bersama rakan2 semua selamat bercuti dan Cuti-Cuti Malaysia cuti dalam negara. 





0 comment... add one now