Aktiviti,

Terima Kasih Resort World Genting untuk YNOT Graffiting 2013

Khamis, April 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan penyokong setia blog Mah@mahu dan pada yg baru jengah blog Mah@mahu selamat datang di ucapkan semoga anda terus mengoment blog ini ok. Hujung minggu lepas dapat menghabiskan masa dengan aktiviti paling seronok sekali bersama rakan2 blog. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada Nuffnang dan juga Resort World Genting kerana telah membawakan Mah@mahu dan juga rakan2 blogger lain untuk ke sana berseronok.



Anda pernah baca entry Mah@mahu pasal seni Graffiti kan kalau tak baca lagi kat sini ada [klik sini]. Atas sebab tu lah Mah@mahu terpilih bersama 20 lagi rakan2 blogger lain yg hadir di Genting Higland untuk berseronok. Kami sebenarnya memeriakan lagi Program "Spark Your Creativity With Graffiti" yg mana program seni Graffiti bersama remaja.


Dalam program tu ada sebanyak 20 hasil Graffiti yg di lakar oleh mereka2 yang amatur untuk di pertandingkan. Semuanya cukup unik dan cantik sekali penuh kreativiti dan juga hasil seni anak muda yang sebenarnya boleh di ketengahkan. Untuk penentu kepada pemenang bagi rekaan graffiti paling kreatif dan cantik di tentukan oleh pengundian penonton dalam laman facebook YNOT. Kalau tgk pada hasil seni mereka ni tak sangka generasi Y ni byk kerativiti mampu di luahkan.






Selain daripada pameran graffiti ni kami juga di hiburkan dengan persembahan modern dance daripada juara program realiti Showdown iaitu Elecoldxhot. Memeng gempak lah persembahan mereka. Tgk lah video mereka kat bawah ni bukti kehebatan mereka terserlah dalam dunia tarian ni. Selain tu juga ada persembahan penuh aksi dan berani daripada pemain basikal BM. Huhuh gerun tgk dia org beraksi memang best and mantap. Kami juga di hiburkan oleh penyampai radio sensai iaitu HitFM siap bawa ketea Myvi HitFM.



 



Tapi paling best lah bila dapat habis masa di Genting Higland dengan penginapan satu malam di First World Resort. Siap makan dan minum sepanjang 2 hari yang memang susah nak dapat, tapi untuk part makan minum tu nanti Mah@mahu akan buat entry seterusnya. Sebab makan2 kat sini tip top lah terbaik wok.... Tapi apa pun sekali lagi thanks to Genting World Resot dan juga Nuffnang kerana telah memilih Mah@mahu untuk bergembira di sana.