Aktiviti,

Best Makan Di Genting Highlands

Sabtu, April 20, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Kali ni entry makan lagi tu lah keje kalau dah blogger kuat makan ni hehehe.. Apa pun kali ni makan mewah dan pasti sponser penuh terima kasih kepada Resort World Genting dan juga Nuffnang kerana membawa Mahamahu untuk menikmati kehebatan makanan di puncak bukit tu.


Bersamaan dengan program "Spark Your Creativity With Graffiti" ramai golongan blogger di bawa ke Genting Highland untuk memeriahkan program. Tapi paling meriah adalah makanan kat sana memang tak terkata bak kata org setiap masa makan jer tak putus. Terbaik lah kali ni Mahamahu dapat pergi program makan dan makan angin hehehehe..




 

 


Ada berberapa restoran yang kita org pergi makan ada hidangan seafood dan juga ada hidangan Thailand sampai ke hidangan western memang terbaik lah. Makanan kat sini alah buffer so price per head tak adalah mahal boleh di bayar berbaloi dengan jumlah hidangan yang ada. Tak menang tangan nak ambil makanan and tak cukup ruang perut nak isi semua makanan. Tapi kalau dah makanan Thai pasti ramai menantikan TomYam yg hangat menyengat. 





 


Mahamahu paling suka sekali pencuci mulut yg ada terutama Pulut Mangga yang memang terbaik lah. Pergi mana2 restoran mesti ada Pulut Mangga. Balik KL terasa teringin lak nak buat pulut mangga huhuhu. Bukan susah pun yg penting ada pulut, santan dan mangga yang manis baru terangkat hehehe. Kawan enjoy lah gambar-gambar yg Mahamahu sempat snap untuk makanan yg pasti terbaik daripada Genting kota keriangan ok.