Pisang Sesuai Untuk Diarrhoea

Salam sejahtera semua kawn2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga anda dalam kesihatan yg baik. Mah@mahu pun tak berapa nak sihat and tgh mengalami Diarrhoea. Apa tu Diarrhoea ni? hehehe pasti ramai dah tahu ia bukan lah penyakit tapi gejala kesihatan yg terjejas kerana ketidak seimbangan makan atau enzim dalam badan mengakibatkan sintom membuang najis tidak normal. Wow dah rasa mcm doktor lak hehehe cuma nak kongsi pengalaman ngan kawn2..

Alah senang sebut bahasa tempatan kita Cirit-birit lah. Mah@mahu dah 2 hari kena sintom ni. So bila kita kena cirit-birit badan jadi lemah dan tak bertenaga kerana apabila kita membuang sebenarnya kita mengeluarkan semua jenis banteria dalam badan termasuk yg baik. Selain tu gak kita membuang vitamin dan proten kerana segala makanan yg di makan telah di proses dengan kadar berlebihan oleh bakteria jahat dalam badan.


Oleh itu, bila pergi jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat pasti nasihat paling penting adalah menjaga pemakanan ketika terkena cirit-birit ini. Nasihatn doktor pada Mah@mahu untuk makan semasa terkena cirit-birit adalah byk minum air kosong terutama 8 gelas sehari kerana ia akan seperti mencuci perut anda. Selain tu juga makan buah pisang paling penting kerana menurut kata doktor tu Potasium dan magnesium dalam buah pisang itu mampu meredakan cirit-birit anda dan mengangtikan dengan khasiat yg telah hilang.

So lepas ni jgn takut nak makan buah pisang kerana ia bagus untuk badan anda. jadi apa tunggu lagi lepas ni penuhkan peti sejuk anda dengan buah-buahan tempatan yg baik bukan dengan makanan yg tidak sihat. Mah@mahu pun mula makanan yg sihat seperti ini untuk menjaga kedihatan dalaman. Sama2 kita kongsi tips untuk kawan2 baca ok.. Selamat berblog...