Alam Semulajadi,

Harimau Mengaum Memerlukan Bantuan

Sabtu, Mac 16, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu yg tidak jemu2 memberi pendapat dan juga idea serta komentar yg membina dan memberi inspirasi kepada Mah@mahu untuk terus menulis segala informasi dan perkara yg penting di kongsi bersama. Sebab itu kali ini Mah@mahu nak berkongsi bagaimana kita sebagai manusia biasa dpt membantu haiwan seperti Harimau yg sekarang mengalami kepupusan di negara kita ni.

Sebenarnya tak perlu kepada acara penyerahan cek besar2 untuk menderma. Tapi cukup sekadar dengan membeli patung haiwan ini untuk di sumbangkan kepada organisasi yg membantu menyelamatkan haiwan2 ini. Mesti ramai pernah dengar WWF Malaysia iaitu satu2nya organisasi di negara kita yg bergerak dalam memelihara nasib haiwan2 ini daripada pupus dalam mengejar kemajuan negara.


Lepas tgk tajuk besar ni cuba kawn2 semua tgk lah video simple ini yg mengingatkan kita kepada haiwan2 yg makin mengalami kepupusan jika tidak di lindungi sepenuhnya ini.


Sebenarnya tugas menjaga haiwan ini daripada pupud untuk generasi akan dtg adalah kita di masa sekarang. Cara mudah nak membantu cuma buat pembayaran bulan dan bukan anda bayar buta2 tapi anda akan dpt segalanya seperti di bawah.




Klik link ini anda akan terus kepada form untuk membuat bantuan anda. Apa lagi mari kita sama tunjuk rasa simpati kita bukan antara manusia sahaja malah haiwan2 ini juga makhluk tuhan di amanahkan kepada kita untuk di jaga. Tanpa mereka tak lengkap ekosistem dalam kehidupan di muka bumi yg indah ini. Mari ramai2 kita buat kempen ini membantu dengan cara ini sahaja kita boleh memberi sumbangan kepada makhluk2 lain.