Aktiviti,

Kaw Kaw Burger Bakar Lokas Makana

Sabtu, Februari 09, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu. Hari minggu bersamaan dengan hari cuti sambutan Tahun Baru Cina harap dapat dihabiskan dengan sepenuhnya bersama keluarga dan rakan2. Cuti panjang ni ramai blk kg and ramai yg ambil peluang bercuti berasama keluarga sempena dengan cuti perayaan ini. Mah@mahu pun nak cuti gak lah tapi tak ada plan lagi nak pergi mana cuma pergi makan lagi. Makan Burger Bakar betul2 kaw sgt kali ni kat Lokas Makana....


Ramai yg pelikkan kalau sebut nama Lokas Makana ramai yg tertanya2 apa itu. Tapi kalau peminat burger bakar ia tidak asing lagi. Lokas Makana Foodcourt berdekatan dengan Tesco Extra Puchong Utama adalah merupakan lokasi makan2 Mah@mahu kali ini. Kawn baik Mah@mahu Abg Wan dan En Syafiq ajak lepak and chill2 makan burger bakar.


Kaw Kaw Burger Bakar sapa tak kenal memang tak pernah makan lah. Pernah masuk Jalan2 Cari Makan dan telah byk kali kuar akhbar kerana ia adalah peneraju burger bakar pertama di Malaysia dan digelar King Burger bagi peminat makanan unik ini. Knp ia unik kerana ia adalah burger ciptaan sendiri daripada daging hingga kepada roti dan juga sos dan mayonis di hasilkan sendiri.


Pergi sana jam 10.30 mlm masa yg sesuai nak lepak2 malam minggu dan pergi makan burger bakar. Nasib masa pergi tak ramai sebab masa cuti dan ramai yg dah blk kg kot so tak perlu bebaris panjang. Order 3 jenis burger tapi tak tinggi sebab takut tak leh habis tak apa nanti dtg lg cuba makan yg tinggi lak, anda nak tinggi mana pun boleh just order saja.


Orger 3 burger iaitu Double Beef Beconizer Cheezy, Double Beef Cheezynizer dan Double Beef Beconizer huhuh terbaik lah. Kalau korang tgk pic ni pun mesti teliur dan meleleh.. Bila gigit roti sahaja pun dpt rasa kelembutan pada roti yg di salut dengan mayonis penuh. Pastu makan lak daging burger tidak berminyak dan manpat tu memang sedap sgt2. Rasa mcm nak makan lagi nasib order 3 huhuhuh. 



Puas hati pergi sana and makan byk lagi makanan lain ada kat kawasan Lokas Makana Foodcourt. Memang tak menang tangan nak order nak makan lagi. Ada western food, ada makanan siam, ada makanan mee and ada clayport dan byk lagi boleh pilih. Tapi pasti dtg awl nanti tak ada tempat nak duduk. Apa pun ini adalah burger terbaik setakat ni dan pasti nak dtg lagi nanti ngan kawn2 percayalah. Thanks to kawn2 yg perkenalkan Mah@mahu tempat menarik ini makan2 ni. Nak dtg tgk lokasi kat http://burgerbakar.com/location/ ada semua lokasi dan cawangan burger bakar ni.